Tuesday, May 17, 2011
Hari Guru 2011
Kami Guru Malaysia.... Berikrar dan Berjanji... lalalalalala...
Sedih sangat tahun ni... takde sambutan hari guru langsung kat sekolah... :'(
kalau ikutkan takwim sekolah, sekolah teman akan buat sambutan on 27 mei tapi pihak jabatan pelajaran hanya membenarkan sambutan pada 16 mei sahaja. tp on 16 mei tu sekolah tgh adakan peperiksaan pertengahan tahun...
dan jika sambutan nak diadakan jugak on 27 mei tu, sambutan mestilah ada sesi p&p dan sambutan antara sesi pagi dan petang tak boleh dibuat secara serentak...!!
sepanjang 9 thn menjadi guru.. ini adalah hari guru yang paling menyedihkan sekali.. pada 16mei hari tu, sesi petang cuma membuat perhimpunan ringkas sahaja untuk tujuan bacaan perutusan... sangat sedih.... tiada nyanyian lagu Negaraku.. tiada ucapan aluan dari pengerusi majlis... tiada nyanyian lagu Kami Guru Malaysia.. tiada ucapan ringkas dari penolong kanan petang mahupun wakil guru.. dan paling kesian, tiada kerusi untuk guru duduk sedangkan pelajar-pelajar sekolah semua duduk..!!
cikgu berdiri hampir setengah jam dan hanya sesi bacaan perutusan dari pengarah pelajaran dan menteri pelajaran sahaja di baca oleh guru bertugas... disebabkan perhimpunan diadakan sebelum peperiksaan, maka pelajar-pelajar yang duduk lebih banyak membaca nota ulangkaji berbanding mendengar perutusan tersebut..
apalah salahnya kalau perhimpunan ringkas tersebut diadakan dengan lebih teratur walaupun ringkas.. apalah salahnya jika dibenarkan sambutan hari guru bergabung antara sesi pagi dan petang? apalah salahnya jika satu hari dari hari-hari persekolahan ditiadakan p&p..? apalah salahnya jika hari guru diadakan seperti tahun-tahun sebelumnya...?
persoalan2 yang berlegar di fikiran tapi tak tahu di mana nak cari jawapan....
untuk semua guru-guru di Malaysia.. selamat menyambut Hari Guru..
"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment