Saturday, February 28, 2009

Berkabung

Hari ini ialah majlis perkahwinan sepupu teman. tapi mak tak boleh pergi ke kenduri kawin anak saudaranya itu kerana mak masih dalam edah setelah kematian bapak.

habis tu, adakah anda rasa teman patut pergi ke kenduri kawin itu dan meninggalkan mak teman sorang-sorang di rumah??haha.. tidak akan sama sekali..

then, one of my uncle (bukan anak dia yg kawin) called and tanya, kenapa kami tak datang kenduri pakcik yang anak dia kawin neh?? kami lupa ka apa?? disebabkan mak tengah mandi, so teman bagitahu pakcik teman yang mak tak datang coz mak masih
berkabung coz bapak dah takde. belum cukup 100 hari pun lagi bapak teman pergi..

pastu, leh pulak pakcik teman neh cakap.. berkabung apanya.. bertanya dengan intonasi macam nak watpe berkabung.. adoi..!! ini sungguh-sungguh menyirapkan darah teman..

hari tu pakcik teman yang anak dia kawin neh datang umah ajak pun, mak dah bagitau tak leh datang coz kenduri tu memang pada waktu mak belum abis edah.. and he said tak apa coz memang patut pun.. orang perempuan berkabung mana leh keluar rumah sesuka hati. keluar rumah pergi kerja pun banyak pantang larangnya selain tak leh berhias, x leh mamakai wangian dan tak boleh juga dipinang oleh orang lain dan macam-macam lagi la..

kenapa seorang pakcik boleh tanya soalan macam neh?? mak teman bukan edah sebab kena cerai!!! ini edah sebab kematian suami which is 4 bulan 10 hari ( 100 hari cam tu la).. terus teman rasa pakcik teman neh memang langsung tak sensitif tentang agama and tentang kakak dia sendiri..

teman ingat lagi masa kenduri tahlil bapak hari ke-7. orang lain masih lagi bercerita tentang pemergian bapak yang hanya sempat tengok
lop bernikah tapi tak sempat tgk lop bersanding.. tapi pakcik teman yang sorang neh rancak bercerita tentang train ipoh-kl yang masa tu baru dilancarkan.. bercerita dengan bersungguh-sungguh ketawa riang seolah-olah kenduri rumah teman neh langsung tak memberi apa-apa makna.. and yang seronoknya ialah cerita pakcik teman sorang neh turut disambut gembira oleh adik-beradik mak yang lain. langsung tak faham yang diorang berada dalam kenduri tahlil hari ke-7!!!

tak apalah.. yang pergi itu ialah bapak teman.. masa arwah atuk teman pergi dulu, adakah pakcik teman itu bersikap begini jugak?? yalah, teman tak tahu reaksi anak-anak arwah atuk masa arwah atuk pergi coz teman masa tu mengajar kat sarawak. nak balik pun bapak teman kata tak payah la coz lambat. nak gi kuching lagi..nak cari tiket flight lagi..lagipun teman nak balik beraya lagi 2 minggu. atuk pergi masa bulan puasa 2005.

cuma apa yang teman tahu ialah yang sibuk-sibuk jaga atuk ialah pah de and family teman ajer.. yang lelain tu.. wallahhualam.. atuk pun masa sihat suka datang makan malam kat umah teman. abang and adik teman pun selalu antar atuk gi hospital sehinggakan orang kat hospital pun hanya kenal abang dan adik lelaki teman sebagai anak atuk padahal sebenarnya cucu atuk. kesian atuk.. anak ada 7 orang di ipoh tapi sume bizi ngan kije and ada jugak yang buat-buat bizi. tapi yang herannya, masa hari bicara tentang pembahagian harta atuk, diorang lah orang pertama yang sampai kat amanah raya tu.. patut ka?? bina kat kubur atuk pun mak keluar duit sorang-sorang dia padahal adik-beradik yang lain lagi kaya raya.. cis.. tetiba lak teman mengungkit..

anyway.. selamat pengantin baru kat sepupu teman and wife dia. semoga panjang umur dan murah rezeki.. amin..

Unforgiven

very interesting articles from malay mail.


Unforgiven
By NG SUZHEN February 26, 2009 Categories: News

It wasn’t politics or the weather that residents, office workers and business operators in SS2, Petaling Jaya, were talking about yesterday. The talk centred on a man who had knelt down in front of a parking spot on Tuesday to beg forgiveness from his wife.

Admitting he had cheated on her during their five-year marriage, 30-year-old Kelvin Ng from Ampang made a bunting to profess his love for her, showering her with promises of a better life ahead.

“I know I have wronged her many times in the past, but I just want to be a better husband and father to my family.

His misdeeds included criticising his wife’s looks in front of his friends, and not being there for her when she was giving birth to their children.The couple has a son and a daughter, aged three and one, respectively.Ng’s story appeared in yesterday’s edition of the Sin Chew Daily.

Those who had seen Ng were divided into two groups. While one group was sympathetic and tried to help him by calling his wife to try and get her to forgive him, the other felt that he had it coming.

When Sin Chew Daily contacted Ng’s wife, she said she was determined to divorce him.

“There was a time when I loved this man very much. But he has hurt me too deeply for me to take him back. He was never a good father and I want what is best for my children.”


Much debate on The Unforgiven
By Ng Suzhen February 27, 2009 Categories: News

The story of 30-yearold car battery salesman Kelvin Ng begging for his wife’s forgiveness has sparked debate among Malay Mail readers. His story drew mixed reactions, with many expressing sympathy for Ng and appealing to his wife not to be so rash in her decision to divorce him.

However, there were those who said that his wife should focus on moving on with life without him. Malay Mail’s office in Petaling Jaya was swamped with calls from readers yesterday.

“Give him another chance, there is no need for divorce,” said one caller .

Another said: “Separate first and see if he changes before making rash decisions.”

One caller, who identified herself as Jenny, said she represented a group of loyal Malay Mail readers.

“Even though he has made some bad decisions, there is always room for change. Divorce may be too drastic an action. We don’t know if he can keep his promises but t ime will tell. Separation may be the best answer at the moment, they should take some time to cool off and think clearly,” she said.

However, there were those who did not buy it.

“He’s hurt her so much already. She did the right thing by not taking him back,” said a female caller, her voice quivering in anger.

Ng, who has admitted to cheating on his wife during their five-year marriage, gave a public demonstration of his feelings and remorse when he knelt at a parking spot in SS2 on Tuesday. By his side was a bunting professing his love and a promise to his wife that he would change.

He knelt under the blazing sun for 20 minutes ( 20 minit jer ..?!) before sympathetic passers-by convinced him to go home.

His wife has refused to take him back.

“The worst five years of my life are finally over,” she said. “I’ve loved him once before but it’s all over now and I don’t want him to bother me anymore. I just want to live with my children in peace.”

*apa pendapat anda???

Wednesday, February 25, 2009

Me & You

(tagged by etiy)

Here are the rules - post this list on your profile replacing my answers with yours. Tag 25 people to do the same thing. If I tagged you, it's because I want to know more about you.

1. WERE YOU NAMED AFTER ANYONE?
takde sapa-sapa rasanya..

2. WHEN WAS THE LAST TIME YOU CRIED?
siang tadi..

3. DO YOU LIKE YOUR HANDWRITING?
tak suka sangat-sangat coz x kemas..

4. WHAT IS YOUR FAVOURITE LUNCH MEAT?
suka makan ikan la..

5. DO YOU HAVE KIDS?
op coz not.. belum kawin maa..

6. IF YOU WERE ANOTHER PERSON WOULD YOU BE FRIENDS WITH YOU?
op coz yess..

7. DO YOU USE SARCASM?
kadang-kadang.. biasanya dgn students la..hehe

8. DO YOU STILL HAVE YOUR TONSILS?
takde..

9. WOULD YOU BUNGEE JUMP?
tidak akan sama sekali.. teman gayat la..

10. WHAT IS YOUR FAVOURITE CEREAL?
coco crunch..

11. DO YOU UNTIE YOUR SHOES WHEN YOU TAKE THEM OFF?
kadang-kadang.. depends pada keadaan..

13. WHAT IS YOUR FAVOURITE ICE CREAM?
cornetto mini.. ehmmm.. nyum..nyum..

14. WHAT IS THE FIRST THING YOU NOTICE ABOUT PEOPLE?
mata.. mata memandang.. mata melihat.. matalah puncanya.. lalalala..

15. RED OR PINK?
pink

16. WHAT IS YOUR LEAST FAVOURITE THING ABOUT YOURSELF?
susah nak berhenti if dah start ketawa..

17. WHO DO YOU MISS THE MOST?
my lovely dad.. al fatihah.. :(

18. DO YOU WANT EVERYONE TO COMPLETE THIS LIST?
kalau boleh.. apa salahnya.. seronok-seronok jerr..

19. WHAT COLOUR OF PANTS AND SHOES ARE YOU WEARING?
kasut colour gold..

21. WHAT ARE YOU LISTENING TO RIGHT NOW?
Maliq & D'Essential - Pilihanku..

22. IF YOU WERE A CRAYON, WHAT COLOUR WOULD YOU BE?
pink..

23. FAVOURITE SMELLS?
bau nescafe..

24. WHO WAS THE LAST PERSON YOU TALKED TO ON THE PHONE?
lop

25. DO YOU LIKE THE PERSON WHO SENT THIS TO YOU?
op coz..very kindful one...and funny..

26. FAVOURITE SPORTS TO WATCH?
badminton sahaja..

27. HAIR COLOUR?
hitam

28. EYE COLOUR?
dark brown

29. DO YOU WEAR CONTACTS?
tidak akan sama sekali.. seram jer tgk org pakai contact lens

30. FAVOURITE FOOD?
entah.. mcd kot tp dah boikot lak..

31. SCARY MOVIES OR HAPPY ENDINGS?
op coz happy endings.. ;)

32. LAST MOVIE YOU WATCHED?
geng : pengembaraan bermula.. hidup upin dan ipin.. heheh

33. WHAT COLOUR OF SHIRT ARE YOU WEARING?
biru

34. SUMMER OR WINTER?
winter la.. winter sonata.. i lov u.. hik..hik

35. HUGS OR KISSES?
hugs kot..

36. FAVOURITE DESSERT?
ais kacang.. boleh ker??

37. MOST LIKELY TO RESPOND?
bila org ajak jalan-jalan.. makan-makan.. tgk wayang.. apa-apa aje yg tak memerlukan teman membelanja orang lain.. heheh..kedekut sungguh teman neh rupanya..

38. LEAST LIKELY TO RESPOND?
bila org ajak jalan-jalan.. makan-makan.. tgk wayang.. apa-apa aje la yg memerlukan teman membelanja orang lain.. kan dah bagitau tadi teman neh kedekut.. haha..

39. WHAT BOOK ARE YOU READING?
the secret dreamworld of a shopaholic by sophie kinsella.. dah lama dah pinjam buku neh.. bila nak abis baca ntah.. mggu exam neh sempat kot..! students yg exam.. bukan cikgu.. :)

40. WHAT IS ON YOUR MOUSE PAD?
xde grafik apa pun.. plain blue mouse pad..

41. WHAT DID YOU WATCH ON TV LAST NIGHT?
anak betong.. bezz la citer neh..

42. FAVOURITE SOUND(S)?
bunyi kucing mengiau nak makan..

43. ROLLING STONES OR BEATLES?
Beatles kot..

44. WHAT IS THE FURTHEST YOU HAVE BEEN FROM HOME?
haha... sabah! alahai..sabah jer rupanya.. ingat dah kuar dr mesia tadi..

45. DO YOU HAVE A SPECIAL TALENT?
special talent??? hmm...makan kot.. saya boleh makan apa ajer makanan yang halal tanpa memilih.. talent yg lain ialah menyanyi lagu tapi off key.. hihihi..

46. WHERE WERE YOU BORN?
hospital besar ipoh.. nama sekarang ialah hospital raja permaisuri bainun..

47. WHOSE ANSWERS ARE YOU LOOKING FORWARD TO GETTING BACK?
mereka yg teman tag..

48. HOW DID YOU MEET YOUR SPOUSE/SIGNIFICANT OTHER?
tak jumpa lagi..

Friday, February 20, 2009

Hadiah istimewa


Smlm dpt poslaju dr x-housemate k.izan. Dlu teman n k.izan neh sama-sama mgajar kat semera. Tp teman dpt trnfer lek iph awl setahun dr k.izan. X kisah la tu. K.izan skrg mgjar di kg dia kat k.krai.

Semalam dlm poslaju tu ada tudung. K.izan hadiahkan tudung hijau kecoklatan utk teman. Then teman pun call la dia tya nape tetiba bg hadiah kat teman. Pastu k.izan kata saje je.dia tgk tudung tu kat kdai n suddenly teringat kat teman n terus aje bli utk teman. Bezznya dpt tudung free.. hik..hik

Ekceli,smenjak 2007 lg teman dah x btemu muka dgn k.izan neh. Dah gemuk ka dia? Or masih cekeding cam dlu gak ka? Ha..ha.. Teman yg makin sihat ada la.. :)

4 tahun sama-sama susah senang di semera dlu masih kekal dlm ingatan.. Kitorg masih lagi keep in touch. Slalu je sms n kdg2 bsembg di fon. Lgpun tiap2 bulan k.izn akan bank in duit dlm akaun teman utk teman tlg byr kan duit keter dia. Katanya tmpt dia jauh nak g eon bank. Teman pun x kisah coz teman pun byr kreta teman kat eon bank gak. so..tlg byr sekali utk dia.

Teman mmg amat berharap ikatan psahabatan neh akan sentiasa berpanjangan. To k.izan, if u read my blog la.. nnt bezday i jgn lupa lak ya..heheh..

Wednesday, February 18, 2009

cekgu cekgi teacher...

artikel menarik ini saya copy paste dari sini. kdt kepada tuan punya blog ini.


wah...mesti pelik kan....tajuk post kali ni mcm tu..hehehe...actually aku nk share ngan korunk pengalaman aku menjadi cikgu selepas tamat belajar tempoh hari....

hari pertama kojie dftar menjadi cikgu sekolah menengah....terus dpt jadual pengajaran...masa tu kena ajar sbjek bahasa melayu , bahasa inggeris , sejarah n pendidikan moral...mak oooi banyaknya.....dari form 1 smpai form 5......nk tak nk rela je la....hmmm....hari pertama masih tidak mengajar......hari kedua baru mula mengajar bebudak tu..n sehingga hari nie...
.
ader sorunk manusia bangang tu said somethng to me ..ni la ayat dier.."ala macam penat sngt jer jadi cikgu tu...bukan buat aper pun....mengajar jer "

ni huraian jawapan dr persoalan bangang ituw.....Jadi cikgu ni mmg nmpk tak penat... time start kerja kul 7 smpai 2.30.. Hakikatnya cikgu dulu tk mcam skang. Cikgu skang lebih mencabar. Banyak berdiri dlm kelas, banyak bercakap, banyak wat itu ini. Letih gunakan otak nak wat itu ini. tetiap ari kena wat lesson plan, tanda buku, tanda kertas jawapan, tak termasuk benda2 kecil lagi.. Kena ajar koko lagi, sukan lagi,...banyak. smpai satu tahap, rekod profil sorang2 stdnt buka kena wat manual pas tu kena wat lagi yg sama pas tu keyin dlm komputer.

Pendek kata letih sbb banyak gunakan otak.otak nie terus bekerja slps hbs kerja...dh blk...fikir lak esok nk ajar aper..latihan aper nk bagi...tu tak termasuk memikirkan masalah stdnt yg kacau bilau bukan macam zaman kita dulu... Tu sbb mudah jadi stress terus jadi letih. Awal tahun sibuk...akhir tahun pn sibuk. Tu la beban seorang guru yg orang tk penah tau.

Kena kutuk n maki hamun mak bapak budak pn cikgu maintain steady.kemudian....pukul 2.30 tu dlm seminggu dlm 2 kali jer...hari2 lain pukul 4.30 or 5....sbb cikgu juga la nk kena attend stdnt nyer prgrm...cikgu bukan keje mengajar membebel jer dlm kelas..keje IT ke posmen ke ultraman skali pom tak sama ngan keje cikgu..cuba bayangkan la memekik dlm kelas tak ke sakit tekak berbuih mulut..murid tak boleh dipukul dimarah jauh skali nak maki hamun..

cuba la ko bayangkan kalau ko arah kan org tapi org tak nak ikut ckp ko...apa perasaan ko??marah ke sakit hati ke suka ke gelak ketawa gembira ke??budak2 dia paham apa??datang skolah masuk kelas buka buku belajar jer...tp cikgu la gak yg kena tunjuk ajar..keje cikgu bertimbun k..kalu ko jadi pegawai mana2 jabatan kerajaan lain kat malaysia ni sah2 ko dah ada kerani, pembantu, opis boy skali..ko boleh nak arahkan apa2 yang ko nak suruh buat...cikgu??cikgu??suma kena buat tuh k...taip surat,buat minit mesyuarat,mcm2 lagi la...

blk skolah mmg la kul 2.30ptg waktu rasmi pulang ke rumah...tapi pernah tak korang tahu apa yg berlaku dlm skolah tu sbnr nye??ada meting?hari kokurikulum?persatuan?sukan?ada tak org pikir suma tuh??suma tu dibuat slps waktu P&P tau x??blk tetap sama gak...paling2 pon kul 4.30ptg..habis tu cikgu tak payah tanda buku murid?cikgu bukan mengajar satu subjek sehari..kena study dulu tajuk sblm nak ajar esk hari?buat rancangan pengajaran harian?berdepan ngan 40 org murid dlm satu2 masa..apa suma tu org tak tau sbnr nyer...kalu ko keje jadi pegawai kerajaan lain,ko hanya berdepan ngan manusia yang dah tahu nak berfikir secara matang...

tapi kalau cikgu tetap sama...berdepan ngan manusia yang lasung tak tau nk berfikir secara matang...cuba la ko bayangkan cikgu2 yang berdpan ngan kanak2 istimewa??tipu la kalau hati lasung tak tersentuh melihat anak2 yang tidak cukup secara fizikal..lain la kalau ko tak ada perasaan kemanusiaan langsung..tapi pernah org2 di luar sana menyelami hati dan perasaan cikgu menghadapi suma tuh??mcm mana tak penat tak letih tak tertekan??jgn la nak persoalkan kerja cikgu kat skolah..mak bapak org kat luar sana hanya mengharapkan cikgu mengajar anak2 mereka supaya jadi pandai tapi dlm masa yg sama terlupa nak ajar anak2 jadi manusia yg ada akhlak&budi bahasa yg tingi..

apa perasaan ko kalau ada org pertikaikan keje ko??bengang ke tak??cikgu??kalau ibubapa tak komplain mmg tak sah..pikir la sendiri..apa yg mampu kita lakukan hari ni walaupom sikit tapi ianya bermula dari tunjuk ajar seorg cikgu jugak..dari kenal huruf sampai la boleh membaca menulis dan mengira...lain la ko ni ada mukjizat keluar jer dari perut ibu terus dah tahu suma..

haaaaaa...nah rasain sekali aku beleter...aku tak nk la sound cmni depan orng tu....kang tak pasal tersentarp hati dn perasaaan dia lak....kalau sentarp sajer takper....takut tersentarp n terPENGGALkan kepala aku.....matilaaa....b4 cuti hari jumaat hari tu...pagi2 dh ader meeting.....rupa2nya....ader jadual baru.....alhamdulillah aku tak perlu ajar lagi subjek Bahasa inggeris n sejarah.....dan ader cikgu baru masuk....tpi sbjek itu digantikan dengan sbjek KESIHATAN n PENDIDIKAN JASMANI a.k.a P.J...di ulang P.J.......aper aku nk ajar time P.J nie... time sekolah dulu aku larikan diri time P.J.....time P.J je mesti aku akan jadi halimunan...smpai cikgu Mazlan( msh ingt ya nama dia ) tu pun dh tahu ....cikgu MAZLAN menyesal la ponteng time P.J tu...hahaahahaha

nnt if ada masa.. teman nak elaborate lagi citer tentang cekgu cekgi neh..

out of topic : seorang makcik teman yang nampak cam org bijak pandai lagi moden tya teman kpli tu apa.. heheh..

Monday, February 16, 2009

Parking kereta

Cuti chinese new year yg lalu, teman sekeluarga pergi ke langkawi utk bcuti. Saje bw mak bjln-jln. Lgpun kami berenam iaitu lop n wife, mak, atai, alina n teman masih lg muat bjln dlm sbji perdana milik lop tu.
Hjg thn ni dah tentu x muat dah coz lop akn dpt bby. Mesti keter dia sarat dgn bj bby la..susu bby la n mcm2 lg. Wah..dah mlalut pjg teman neh.
Sbenarnya teman nk crita pasal prkg.on d way ke k.pls, kitorg rehat lunch kt r&r gurun.tau je la cuti sek. Keter pun byk n parking pun susah nk cari.
Tp teman respek btul dgn org yg kreatif spt dlm gambo di atas.
3 buah keter dlm 2 parkg lot. Menarik x? Ehm.. Boleh apply kt tmpat lain tak cara ni? Jimat kupon parking kan..

Sunday, February 15, 2009

Geng : Pengembaraan Bermula..


Teman dah tgk citer neh. Wpun show kul 11.30 mlm, tp full. Nasib je teman dpt tmpat duduk kt barisan c. Kiranya dok dpn skrin la jugak. If lewat sket dtg mau dok kat baris dpn skali.
Crita neh bezz.asik ktawa aje.nnt ada masa teman bg review citer upin & ipin neh.

Monday, February 9, 2009

bila Perak menjadi emas..

jeng..jeng..jeng.. sila kagum ya..
semenjak 2 menjak neh, negeri teman iaitu negeri perak terchenta amatlah glamour.. mawi n siti malah nabil pun kalah tau.. pasal apa?? hahaha.. lu pikirla sendiri.. :)

mana ada negeri lain yang ada 2 MB.. dari 2 parti politik yang berbeza pulak tu..hahaha..yg paling bez sekali ialah akan ada acara pertandingan berebut siapa yang akan masuk pejabat MB dlu pada hari esok..hahaha... sila ketawa dgn pemimpin negeri teman..

ekceli, teman bukan lah suka dgn benda2 macam neh.. ini kerana, selain menunjukkan imej yang buruk pada pemimpin yang terlibat, ini juga menyebabkan teman rasa susah..atau sebenarnya menyusahkan teman..

teman sebenarnya terpaksa hidup dengan pelbagai road block di sana sini.. buang masa hokay...kemudian teman terpaksa pulak melalui jalan lain yang jauh sikit dari jalan yg biasa teman guna utk ke sesuatu tempat kerana jalan-jalan yg berkenaan ditutup... buang minyak keter teman jer.. tutup jalan untuk apa?? teman rasa untuk memastikan orang ramai mengekalkan amalan rukunegara yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan... teman mengajar pendidikan moral tahun neh.. ;)

oleh kerana rumah teman berdekatan dgn exit plus simpang pulai, teman dapat melihat pelbagai plat kreta yang bukan huruf A dok melalui exit tersebut.. apa maksudnya itu??? tuan-tuan pikirla sendiri.. bukannya teman rajin nak buat bancian pulak.. tp apalah yang mampu teman buat masa dok drive slow-slow sebab road block... takkan nak memasak pulak..

hari jumaat baru ni yang paling azab sekali.. dahle byk keter dr exit plus tu..dahtu road block pulak.. teman nak gi sek lebih awal coz nak semak buku la konon.. nak-nak pulak, ramai yang kuar awal utk solat jumaat..(teman bersangka baik ya..), tetiba tgk satu lg jalan tu ditutup pulak.. so..byk la keter melencong ke jalan gi ke sek teman.. dengan byk bas sekolahnya.. dgn byk kretanya.. dgn byk kereta polisnya.. menyebabkan teman tak la sampai sekolah lebih awal dari biasa tp jd lebih lewat dr biasa pulak..

melihat keadaan yang berlaku di ipoh, teman teringat demonstrasi di k.kangsar ..teman berfikir sendiri..betul ka rakyat perak yang menunjuk perasaan tu?? mungkin ya.. tapi betulka rakyat perak yang menahan kereta raja nazrin tu..??? (dan kereta kerabat yang lain??) yang neh teman kurang yakin.. kenapa erk?? entah la.. instinct teman kuat mengatakan itu bukan rakyat perak... wallahualam..

dlu masa PR menang election thn lepas, jalan ke SUK tu bukan main lagi road blocknya.. sampai teman yg antar mak teman gi kerja pun, polis tu mintak kad kerja coz nk pastikan betul ka mak teman kije kat pej kat situ.. skrg neh nak step down pun sama jugak.. alahai...

dalam pada teman tension dgn road block tu, teman tetiba rasa ok pulak dengan satu sekatan neh.. sekatan apa erk?? hehe..sekatan sebab ada perarakan kavadi (teman sefamili panggil wel-wel).. sekatan macam neh xpe coz acara keagamaan.. tp camner la teman leh lupa ahad semalam hari thaipusam.. adoi..kan dah salah jln..hik..hik..

apapun.. tahniah la kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menyusahkan teman dan rakyat negeri teman.. tima kaseh bebyk..
len kali buat la lagi ya..

Friday, February 6, 2009

ANTARA 16 SEPTEMBER DAN 5 FEBRUARI


artikel menarik yang teman jumpa.
kdt to tuan punya blog ini

16 September
DI CANANG-CANANG!
5 Februari
SENYAP-SENYAP AJE...

16 September
NAK SEMUA SEKALIGUS!
5 Februari
SIKIT-SIKIT LAMA JADI BUKIT...

16 September
NAK JADI PERDANA MENTERI!
5 Februari
JADI MENTERI BESAR PUN CUKUP LA...

16 September
NAK PEGI PUTRAJAYA!
5 Februari
KITA KE IPOH CUKUP LA...

16 September
PERMATANG PAUH MEMANG MILIK KAMI!
5 Februari
BOTA PATAH BALIK, BEHRANG NAK IKUT, LAA..CHANGKAT JERING PUN NAK, BAWAK MAI JELAPANG SEKALI TAU...

16 September
KITA AKAN GULINGKAN KERAJAAN SEDIA ADA!
5 Februari
KITA GULINGKAN KERAJAAN BARU SETAHUN JAGUNG...

16 September
KITA AKAN HANTAR SURAT KE YANG DIPERTUAN AGONG!
5 Februari
SURAT-SURAT TAK MAIN LA....KITA MENGHADAP TERUS LA...

16 September
LEBIH DARI 30 MP AKAN LOMPAT!
5 Februari
SORANG LOMPAT, 3 MELANGKAH CUKUP LA...

16 September
KAMI KEJAR DAN IKUT POTENTIAL MP KATAK
5 Februari
KAMI TAK MINTAK PUN....

16 September
KAMI IKUT SAMPAI TAIWAN!
5 Februari
KAMI DATANG DARI PANGKOR AJE....

Tuesday, February 3, 2009

Jejak-Jejak 25 Tahun Alumni UUM

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sebagai bekas pelajar UUM, saya ingin mengalu-alukan bekas pelajar-pelajar UUM yang lain untuk meluangkan masa ke sini. Silakan isi ruang yang diperlukan dengan tepat dan lengkap sebelum tarikh 31 Mac 2009. Dan jika boleh silalah hebahkan kepada rakan-rakan lain yang sama waktu dengan anda.
Sekian, terima kasih.
"Berkhidmat Untuk UUM"
Saya yang menurut perintah,
Farah Mohd Yusop

Yang Berbahagia,

Dato’/Prof/Dr/tuan/puan, pelbagai aktiviti telah diaturancang yang akan melakar sejarah perkembangan dan pembangunan UUM dalam tempoh 25 tahun.

Salah satunya ialah menerbitkan Buku Alumni : Jejak-Jejak Alumni 25 Tahun yang akan dilancarkan pada tahun ini. Buku ini mengandungi resume alumni yang telah berjaya dalam bidang masing-masing untuk dijadikan panduan kepada Universiti dan sebagai cenderamata kepada warga UUM dan pihak alumni sendiri.