Tuesday, February 3, 2009

Jejak-Jejak 25 Tahun Alumni UUM

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sebagai bekas pelajar UUM, saya ingin mengalu-alukan bekas pelajar-pelajar UUM yang lain untuk meluangkan masa ke sini. Silakan isi ruang yang diperlukan dengan tepat dan lengkap sebelum tarikh 31 Mac 2009. Dan jika boleh silalah hebahkan kepada rakan-rakan lain yang sama waktu dengan anda.
Sekian, terima kasih.
"Berkhidmat Untuk UUM"
Saya yang menurut perintah,
Farah Mohd Yusop

Yang Berbahagia,

Dato’/Prof/Dr/tuan/puan, pelbagai aktiviti telah diaturancang yang akan melakar sejarah perkembangan dan pembangunan UUM dalam tempoh 25 tahun.

Salah satunya ialah menerbitkan Buku Alumni : Jejak-Jejak Alumni 25 Tahun yang akan dilancarkan pada tahun ini. Buku ini mengandungi resume alumni yang telah berjaya dalam bidang masing-masing untuk dijadikan panduan kepada Universiti dan sebagai cenderamata kepada warga UUM dan pihak alumni sendiri.

2 comments:

  1. alumni UUM yang berjaya saya tak tau, tp alumni uitm saya ada kenal sorang yang sangat berjaya, sekarang ni bekerja di LHDN Muar... hehe

    ReplyDelete