Monday, October 3, 2011

form 5 farewell 2011

Teman start mengajar kat sekolah sekarang neh since 2007.... meaning tahun 2011 neh merupakan tahun ke-5 teman mengajar kat ipoh.. owhh... dah lama jugak rupanya... masa kat sarawak dulu... mengajar selama 4 thn.. perghh... nak masuk 10 tahun dah jadi cikgu neh... sudah tua teman neh.... uwaaa..

kenapa teman tetiba bercerita pasal sekolah neh pulak..? hahahah... sajer ajer sebab teman nak share video2 persembahan pelajar-pelajar form 5 yang akan menduduki SPM hujung tahun neh...

sebenarnya, ini lah fes taim teman menghadiri majlis perpisahan pelajar2 tingkatan 5 di sekolah teman.. teman neh cuma cikgu yang mengajar tingkatan 1 dan 2 sahaja... so, budak-budak ni, bila dah naik tingkatan 3 di sesi pagi, diorang dah tak ingat lagi dah kat cikgu2 fm1 & fm2 dulu.. :(

Tapi entah kenapa, tahun neh teman terasa nak pergi pulak.... rasanya sebab masa bebudak neh fm1 dulu, diorg adalah students pertama teman.. hahhaah... motip sgt teman dok ingatkan diorang tp diorg langsung dah tak ingat kat teman...?

memang teman akui, menjadi guru tingkatan 5 nie seronok berbanding menjadi guru tingkatan 1 atau 2.... hakikat yang tak dapat diubah ialah, pelajar2 akan lebih ingat pada guru fom5 diorg lebih dari guru sekolah rendah atau guru menengah rendah diorg... kalau diorng masuk universiti sekalipun, guru tingkatan 5 akan lebih diingati... ini cuma pendapat teman ajer la.. sebab sampai sekarang, teman masih lagi contact dengan cikgu BM dan cikgu math masa teman tingkatan 5 dulu.. dan sampai sekarang jugak, bekas2 pelajar teman di sekolah mengajar dulu pun, masih lagi bertegur sapa dengan teman... tp kat fesbuk ajer la.. diorg kan jauh kat swk... hehheh..

adehh... mengarut sudah teman neh.. ok.. sila enjoy video persembahan pelajar form 5 tahun 2011 neh ya.... curlastt bebudak sekarang...







Sunday, October 2, 2011

Rainy Heart vs Yesterday

Teman adalah peminat kumpulan SS501 dari Korea Selatan ini... Mula minat kumpulan ni selepas mencari maklumat tentang para pelakon drama Boys Over Flower.. Salah seorang pelakon drama tersebut iaitu Kim Hyun Joong ialah anggota kumpulan SS501 ni...

Kim Hyun Joong as Yoon Ji Hoo

Pertama kali dengar lagu Find nyanyian kumpulan neh, teman rasa sedap sangat lagunya.. Maka, teman pun gigih la cari penyanyi part korus tu.. ooo... Heo Young Saeng rupanya nama beliau... Perghh... sedap giler suara dia.. Kiranya, pada pandangan teman, suara Young Saeng neh dah nak sama level la dengan suara Lee Hongki dari FTI.. Tak percaya..? Sila dengar lagu Find neh...


Find by SS501

Okehh... mengarut sudahh.. sebenarnya teman nak bercerita tentang lagu Yesterday yang dinyanyikan oleh Kim Kyu Jong yang jugak dari kumpulan dabel s neh... entah kenapa... semenjak lagu neh keluar, teman asik dok ulang2 dengar lagu neh.. sedapp sangat kat telinga teman... ♥

Sama la macam masa lagu Rainy Heart yang dinyanyikan oleh Young Saeng keluar dulu.. Lagu neh part rap tu, Kyu Jong yg nyanyi.. Hari-hari asik dok main lagu tu ajer.. macam la takde lagu lain.. tp seriously, dengar lagu Rainy Heart neh, buat teman rasa sedey sket.. Ada kisah sedih bila hari hujan.. :( So, asik terkenang cerita sedih tu.. :'(

ok la... saje nak update blog ajer.. sambil tu nak share lagu yang teman tengah addicted sekarang neh... kalau ada masa nanti, teman nak wat entry pasal Konsert Korean Music Wave yang teman baru ajer pergi 24th Sept hari tu... Giler bezz.. It was my happiest birthday gift ever...!! eventho tiket konsert bayar sendiri ajer... kehkehkeh...

ok korang... lets enjoy dis two lovely songs..


Rainy Heart by Heo Young Saeng feat Kim Kyu Jong


Yesterday by Kim Kyu Jong

Thursday, September 1, 2011

Baju Raya Baru...

Bila menjelang Syawal, semua orang sibuk nak beli baju raya... Ada baju raya yang dah ditempah 3 bulan sebelum puasa.. Ada pulak yang malas nak tempah tapi diorang beli ajer baju yang dah siap... Mana-mana pun boleh ikut kesukaan masing-masing...

Semenjak dah semakin dewasa neh.... (hehhee... actually dah semakin tua ).. teman dah tak berapa kisah sangat dengan baju raya.. entah la kenapa... maybe salah satu sebab kerana semenjak arwah bapak dah takde, teman sekeluarga beraya ala-kadar ajer... yalah.. dulu gi sana sini dengan arwah bapak.. sekarang neh, nak beraya rumah sedara-mara pun tak berapa happening....

tapi masa hari terakhir ramadhan hari tu, secara tak sengaja, teman ada menonton rancangan Tanyalah Ustaz kat TV9... ustaz tu bagitahu yang 1 Syawal neh mesti disambut dengan gembira tapi tidak berlebih-lebihan... biasa lah tu... mana-mana ceramah pasal raya memang akan ingatkan tentang jangan over beraya... jangan over makan... jangan over itu... jangan over ini....

Tapi ada satu perkara yang teman rasa menarik iaitu tentang baju raya... ustaz tu bagitahu, baju raya baru adalah salah satu perkara penting dalam menyambut syawal... ustaz tu bercerita tentang masa zaman Nabi dulu, ada seorang sahabat Nabi yang ingin mengerjakan solat sunat raya tapi tidak mengenakan baju raya baru.. So, Nabi bertanya kepada sahabat Baginda yang lain siapakah antara mereka yang mempunyai 2 pasang baju baru untuk beraya... Baginda minta sahabat tersebut meminjamkan dahulu baju raya kedua itu kepada sahabat yang ingin bersolat sunat raya itu... selepas bersolat, baju itu boleh dipulangkan semula kepada tuan punya baju.. maka ustaz tu pun menegaskan, ini menunjukkan yang baju raya baru adalah penting dalam menyambut 1 syawal terutamanya semasa ingin mengerjakan solat sunat aidilfitri sebagai tanda kemenangan umat Islam melawan nafsu sebulan Ramadhan..

lepas mendengar kisah ini, teman teringat tentang adik lelaki teman yang telah tahun ketiga tidak membeli baju melayu yang baru. bukan tiada kemampuan tapi tiada minat nak membeli sebab arwah bapak dah tiada. rasa excited tu dah hilang... :( Actually, baju-baju kurung teman neh pun, teman hanya tempah kain-kain lama yang belum berjahit. Mujur jugak teman ada membeli sepasang kurung moden.. kiranya tetap ada baju baru untuk sambutan 1 syawal ini...

jadi tahun depan, insyaAllah teman akan berusaha menyuruh adik membeli baju raya baru... bukan kita dah tak ingat dengan arwah bapak yang dah pergi, tapi sebagai tanda bergembira menyambut syawal..

okey... akhir kata... teman memohon ampun dan maaf zahir batin atas segala salah dan silap. Selamat Hari Raya semua dan Salam Merdeka :)

Tuesday, May 17, 2011

Hari Guru 2011



Kami Guru Malaysia.... Berikrar dan Berjanji... lalalalalala...


Sedih sangat tahun ni... takde sambutan hari guru langsung kat sekolah... :'(
kalau ikutkan takwim sekolah, sekolah teman akan buat sambutan on 27 mei tapi pihak jabatan pelajaran hanya membenarkan sambutan pada 16 mei sahaja. tp on 16 mei tu sekolah tgh adakan peperiksaan pertengahan tahun...

dan jika sambutan nak diadakan jugak on 27 mei tu, sambutan mestilah ada sesi p&p dan sambutan antara sesi pagi dan petang tak boleh dibuat secara serentak...!!

sepanjang 9 thn menjadi guru.. ini adalah hari guru yang paling menyedihkan sekali.. pada 16mei hari tu, sesi petang cuma membuat perhimpunan ringkas sahaja untuk tujuan bacaan perutusan... sangat sedih.... tiada nyanyian lagu Negaraku.. tiada ucapan aluan dari pengerusi majlis... tiada nyanyian lagu Kami Guru Malaysia.. tiada ucapan ringkas dari penolong kanan petang mahupun wakil guru.. dan paling kesian, tiada kerusi untuk guru duduk sedangkan pelajar-pelajar sekolah semua duduk..!!

cikgu berdiri hampir setengah jam dan hanya sesi bacaan perutusan dari pengarah pelajaran dan menteri pelajaran sahaja di baca oleh guru bertugas... disebabkan perhimpunan diadakan sebelum peperiksaan, maka pelajar-pelajar yang duduk lebih banyak membaca nota ulangkaji berbanding mendengar perutusan tersebut..

apalah salahnya kalau perhimpunan ringkas tersebut diadakan dengan lebih teratur walaupun ringkas.. apalah salahnya jika dibenarkan sambutan hari guru bergabung antara sesi pagi dan petang? apalah salahnya jika satu hari dari hari-hari persekolahan ditiadakan p&p..? apalah salahnya jika hari guru diadakan seperti tahun-tahun sebelumnya...?

persoalan2 yang berlegar di fikiran tapi tak tahu di mana nak cari jawapan....

untuk semua guru-guru di Malaysia.. selamat menyambut Hari Guru..
"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"

Sunday, May 15, 2011

Imam Muda

lagu neh sangat best..
bersemangat ajer bila mendengarnya...





Lirik Lagu Imam Muda - Mawi & Akhil Hayy

Ooh hoo..Ooh hoo…

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Korus :
Suluhkan cahaya hati di terang (Allah)
Tunjukkan jalan (Allah)
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya disisimu ku berserah
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Ooh oo ooh ho
Hambamu Allah…..
Ooh oo ooh ho
Hambamu Allah…..

Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya disisimu ku berserah
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Tuesday, March 22, 2011

SS3 Malaysia Daebakkkkk..!!!!

Dah lama tak update blog neh.. Giler bersawang sana sini… Hahahaha.. Tapi tiba2 rasa nk update blog neh semula sebab SS3… konsert kali neh mmg daebak la.. Sangat-sangat JJAANNGGGGG..!! ok.. meh mulakan FA…


Jumaat 18/03/2011

Bangun lewat sebab malam tu terasa macam nak demam. So, lepas abis tgk drama President, cepat2 gi makan panadol.. Kalau demam masa hari konsert mmg haru la.. Tapi yang peliknya, lepas makan panadol tu, hilang ngantuk.. Then, mata tak leh tido.. Sempat pulak layan drama Smile Donghae pukul 3 pagi.. Sewel betul la..

Pagi jumaat tu, bangun tido kul 8 lebih. Sempat bgtau rose yg teman maybe akan lmbat sket amik dia.. Sian pulak rose dah naik bas dr kuala kangsar kul 8.. maksudnya dlm kul 9 tu mesti dah smpai ipoh tp teman neh belum mandi pun lagik..!

Lepas siap2.. kemas2 barang.. masuk beg dlm keter sume.. terus gi jemput ros kat stesen bas.. masa tu dah pukul 10.45 pagi dah… uwaaa… giler lama bersiap… Tulah.. lenkali kemas beg awal2… hahahaha..


Jumpa rose.. gi isi minyak bagi penuh.. topup touch & go.. then singgah makan jap kat r&r tapah.. singgah solat pulak kat r&r sg buluh.. then teruskan perjalanan ke klia.. Hehehe… kenapa klia..? sebab kitorang nk gi sambut suju dtg mesia… wahaha…gigih tak gigih.. nasib baik cuti sekolah..

Smpai klia dlm kul 2 lebih.. apa kes la dtg awal sgt padahal flight suju dr korea pun akan smpai mesia pukul 4.50 ptg.. jadik, teman dgn rose gi la jalan2 pusing2 klia.. lama dah x pusing2 klia lepas dah balik mgjar kat smjg.. padahal dlu masa dok ulang alik kat klia tu, xde pulak sesi nk pusing2 klia.. hahaha

Masa nk tggu suju neh jugak, dah ramai sebenarnya elf yang dah smpai lagi awal drp kitorg.. ada jugak elfs dr Thailand.. siap bawak banner lagik.. elfsmesia pulak siap wat rehearsal “Super Junior Saranghae” kat arrival hall tu…

Masa sesi menunggu neh rasa insaf dan terharu kejap sebab ramai penumpang2 yang baru balik umrah.. Ya Allah… teman kat klia neh pulak nk wat aktivit lagha.. :( Bila la nak sedar diri neh :(

Sebab lama sgt dok tggu suju neh.. teman pun ajak rose gi makan kat food garden. Sambil tu dok balas2 sms dgn hana yg dah dtg dgn kaka jel and dgn kia yg tgh bz dgn kak hadiff pasal lighstick yg kena tahan kat kastam lcct.. masa time nk makan tu, kia, kak hadiff and geng2 diorg yg lain pun smpai jugak kat food garden tu.. salam-salam.. sembang2 pasal flight suju.. paling bezz kia kata ai dah kurus.. ehiks.. ;)

Bila dah dekat2 pukul 5 tu, kitorg pun naik balik ke arrival hall.. nk tggu suju la kononnya… tp rasa pelik jugak.. apsal la tak keluar2 jugak.. ini mesti ada yg tak kena.. kitorg pun naik departure hall tgkat 5 kot2 suju kuar kat atas macam thn lepas.. tp xde pulak.. gigih melilau sana sini kat tgkat 5..

Tetiba teringat mamat2 ntv7.. masa kat lift u, nmpk ada 2 mamat ntv7 yg siap dgn kamera bagai.. pasan jugak yg diorg ada depan kaunter pas keselamatan tu dan ada dgr sorg amoi neh suh tunjukkan kad kerja kat pgwai keselamatan situ.. then nmpk mamat tu nk blah gi turun escalator ke boarding hall area international arrival.. sempat tya diorg kot2 diorg gi nk interview suju ka apa ka.. tp diorg jwb nk interview artis jepun.. uwaa..

Pastu.. teman dgn mel gi tanya kat akak yg jaga boarding pass tu kat mana suju akan keluar. Akak yg comel tu kata suju akan kuar ikut lif bomba… kat bangunan lain katanya… uwaaa… frust sungguh masa tu.. xde rezeki nk sambut suju.. lepas bgtau carians yg lain, kitorg gi tya pulak kat akak kaunter pertanyaan tu, kat mana area lif bomba.. boleh pulak akak tu jwb dgn muka masam dan malas kata diorg x leh nk citer kat kitorg sebab suju tu vip.. maklumat suju tu p&c gitu.. nan hado jahh…

Pastu, kitorg decided nk gi stadium sebab dpt info yg suju terus gerak gi stadium wat rehearsal.. masa neh kat stadium tu mmg dah ada elfs tggu.. kitorg gerak gi surau dlu sebab dah masuk maghrib.. lepas tu lepak balik stadium, kaka jel bgtau suju baru masuk stadium.. ada la dgr macam2 bunyi lagu.. diorg tgh rehearsal… yeaayyyy.. baru percaya yg diorg dah smpai mesia.. sedut udara yg sama dgn kitorg yg gigih kejar dr klia tadik… hahahah

Disebabkan pintu utk masuk ke L13 dan L14 tu ada cermin kecik, boleh jugak la kitorg skodeng rehearsal diorg.. pastu, dgn tak semena-mena, dtg sorang crew neh, dok bukak pulak sebelah pintu kat L13 tu… weeee….masa tu wookie tgh nyanyik lagu one fine day dgn diiringi min2 main gitar…smart wehh..!! sedap giler dengar sore wookie.. sejibik macam dgr kat mp3 hq..!! masa neh nmpk yg diorg dok kat atas benda bulat yg berpusing atas pentas… ensem sungguh wookie wpun pakai hoodie ajer.. adehh.. cairrrr….

Pas abis part wookie dgn min2 tu ada pulak tunjuk vcr intro lagu tok tok. Tp vcr neh tak baper clear sebab ada halangan benda bulat berpusing tu… benda tu stuck kat tgh2.. mmg cukup2 jadik penghalang nk tgk vcr.. hahhaha.. pastu diorg dok test piano utk teukie main masa persembahan solo.. ada problem agaknya piano tu.. lama betul diorg dok pektis.. masa tu jugak diorg dok tukar warna-warna lampu dlm stadium.. kejap hijau.. pastu biru.. then merah pulak..

Disebabkan dah ala2 penat, kitorg pun decided nk gi makan malam.. masa neh nak jumpa jesi sekali sebab nk terus gi homestay rumah dia.. pas makan, amik barang mel kat upm then terus ke umah jesi.. chit chat chit chat kejap then terus zzzz….

Ok.. akan bersambung ke part 2 pulak.. hehehhe

Gambar2 pula akan menysusl kemudian sebab belum ada masa nak edit letak watermark..