Monday, July 21, 2008

Raja bukan sekadar pelengkap adat - Raja Nazrin

21/07/2008 4:07pm
kdt to terkini utusan

KUALA LUMPUR 21 Julai — Raja-raja merasakan peranan mereka dalam urusan negara bukan sekadar pelengkap kepada adat negara beraja kerana “mereka bukannya daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan”, titah Raja Dr Nazrin Shah.

Pandangan berterus-terang Raja-raja dalam perkara-perkara berkaitan perpaduan warga, peranan agama, kebebasan kehakiman serta rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah berdasarkan hasrat untuk memastikan bahawa negara terus kukuh dan aman, dan warga terus sejahtera dan makmur, titah baginda.

“Segala perkara yang berlaku adalah dalam ruang penglihatan, pendengaran dan pertuturan mereka,” titah Raja Nazrin dalam pidato bertajuk “Institusi Beraja" di Intan di sini hari ini.

Baginda bertitah bahawa setelah 50 tahun kemerdekaan negara, Raja-raja telah mencapai satu tahap kematangan dengan memahami peranan terutamanya ketika negara menghadapi krisis.

Bagaimanapun, demi memastikan takhta kekal dihormati, Raja-raja harus bersifat berkecuali dan memisahkan diri daripada terlibat dalam sebarang kancah pertelingkahan politik kepartian serta menjauhkan diri daripada dijadikan instrumen oleh mana-mana pihak dalam persaingan mendapatkan kuasa politik, titah Raja Muda Perak.

“Selaras dengan semangat Raja Berpelembagaan yang biasa diamalkan, peranan Raja adalah memerintah dan bukan mentadbir. Raja hendaklah berada di atas segala urusan politik dan urusan pentadbiran harian yang melibatkan banyak kerenah dan pelbagai kontroversi.

“Dengan berada di takhta yang lebih tinggi, Raja hanya terlibat pada waktu dan ketika yang diperlukan,” titah Raja Nazrin.

Perlembagaan negara, menurut baginda, memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja memiliki budi bicara yang boleh digunakan menurut prerogatif Raja Pemerintah tertakluk kepada batasan tertentu.
“Budi bicara Raja Pemerintah merangkumi kuasa melantik Perdana Menteri di peringkat Persekutuan dan melantik Menteri Besar di peringkat negeri, hak tidak memberi perkenan membubarkan Parlimen di peringkat Persekutuan dan Dewan Undangan Negeri di peringkat negeri.

“Dalam urusan lantikan Perdana Menteri demikian juga Menteri Besar, budi bicara Raja Pemerintah tidaklah mutlak. Baginda berada dalam kedudukan berhak memastikan siapakah yang telah mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Budi bicara Raja menjadi sangat penting apabila berlaku keadaan tergantung disebabkan tidak ada parti yang menguasai majoriti keanggotaan Dewan Rakyat ataupun Dewan Undangan Negeri atau apabila kerajaan campuran mahu ditubuhkan,” titah baginda.

Dalam suasana demikian, titah Raja Nazrin, Raja Pemerintah boleh bertindak atas budi bicara Baginda menentukan tokoh yang difikirkan mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan yang berkaitan, dan kegagalan menggunakan budi bicara tersebut secara bijaksana, akan ditafsirkan oleh rakyat sebagai satu kegagalan Raja Pemerintah melaksanakan tanggungjawab paling asas secara adil lagi saksama.

Baginda bertitah, keputusan pilihan raya umum Mac lalu telah meletakkan tanggungjawab besar kepada Istana Perak, di mana berasaskan keputusan, pihak yang mendakwa mendapat sokongan majoriti kelihatan kabur.

Pada pilihan raya itu, Barisan Nasional menenangi 28 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan di Perak, manakala DAP menguasai 18 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR), tujuh kerusi dan PAS enam kerusi.

Rangkaian DAP, PKR dan PAS menguasai 31 kerusi, namun, menurut Raja Nazrin, mereka perlu secara sahih mencapai kata sepakat untuk memilih calon yang dapat menyakinkan Raja Pemerintah bahawa beliau mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan.

“Mereka melalui proses yang panjang sebelum Menteri Besar dapat mengangkat sumpah jawatan dan diperkenan dengan tauliah lantikan,” titah baginda.

Baginda juga menyebut contoh di Selangor, di mana BN menguasai 20 kerusi, PKR 15, DAP 13 dan PAS lapan.

“Meskipun rangkaian DAP-PKR-PAS memperlihatkan majoriti yang nyata, namun Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor masih perlu memastikan bahawa calon yang baginda berikan perkenan diterima oleh ketiga-tiga parti yang berhasrat menubuhkan kerajaan campuran,” titah Raja Nazrin.

Titah baginda, krisis Menteri Besar turut berlaku dalam senario BN memperoleh kemenangan ketara seperti di Perlis di mana BN menguasai 14 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan.

Raja Nazrin bertitah walaupun Datuk Seri Shahidan Kassim merupakan calon yang direstui oleh pimpinan pusat untuk mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar negeri itu, namun timbul senario “parti dalam parti” apabila calon pilihan pengerusi BN (Perdana Menteri) di peringkat pusat tidak mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri BN di peringkat negeri.

“Datuk Seri Shahidan Kassim dilaporkan tidak dapat memenuhi titah Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis untuk membawa menghadap majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang memberi sokongan terhadap beliau. Baginda lalu melantik calon yang Baginda yakin mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan,” titah Raja Nazrin.

Senario di Terengganu pula “menguji hubungan institusi Raja dengan institusi rakyat,” titah baginda. Titah baginda, calon yang dinamakan oleh pengerusi BN untuk mengisi jawatan Menteri Besar tidak mendapat perkenan Istana.
Menurut baginda, terdapat perselisihan sesama ahli-ahli Dewan Undangan Negeri BN dan juga dalam kalangan pimpinan Umno peringkat negeri.- BERNAMA.
teman berkenan betul bila Raja Nazrin neh bertitah..bangga teman sebagai anak watan perak.. apa yg dititahkan memang tepat dan padat. sebagai rakyat marhaen yg hanya makan gaji, teman memang rasa sgt2 yg mesia neh surface je nampak aman tp dlm nya tsunami tengah berpusar-pusar bak twister... tolonglah kerajaan dan pembangkang.. sudah-sudahla berpolitiknya.. sekarang neh musim menunaikan janji.. bukannya dok berkempen sana-sini lagi. pilihanraya dah lepas..buatla kerja sendiri.. jangan overshadow kerja org lain lak.. -TAK BERNAMA. ;)

Wednesday, July 16, 2008

Debat Anwar - Shabery

(gambo kdt to berita harian)

debat??? heheh.. buang masa je teman rasa.. bukan main teman mandi n makan awal2 utk tgk debat anwar-shabery neh..siap x nak gi makan luar lg wpun teman mmg suke if x masak kat umah..heheh.. tapi tahle.. x nmpak pun apa kaedah yg kan digunakan utk kurangkan harga minyak n harga brg2 lain yg disebabkan kenaikan harga minyak.. dua-dua nya tidak menjawab soalan dengan betul dan seperti memperjuangkan visi parti politik masing2...(pendapat teman jer..) teman rasa nak sokong pihak kerajaan pun susah gak coz kenaikan barang neh mmg x larat dah nk tanggung (wpun teman kije kerajaan).. tp if nak ikut teori anwar pun cam x betul jer..yalah..masa dia jd menteri dlu harga minyak dunia kan stabil..leh la.. tp kebaikan yg teman dapat tgk sini ialah anwar n shabery tenang jer waktu berdebat.. politik era baru ka??? hehe.. biasanya kerajaan n pembangkang neh bukan leh mesra..

entahla.. dunia oh dunia...

Tuesday, July 1, 2008

Blog : Apa kesilapan yg sering di buat..

Tadi teman ada masa gi tgk2 blog org. then teman jumpa post neh.. menarik gak..

kdt to mindfreak - http://www.blogikus.com/
mindfreak neh scukzers yg aktif kat forum scukz.com.. meh teman share apa yg mindfreak neh pos..

Blog:Apa kesilapan yang sering dibuat!!
Berapa ramai dari kita yang sedar,kadang-kadang kita melakukan kesilapan dalam membuat blog.Rupa-rupanya aku pun banyak melakukan kesilapan dalam berblog.Tapi,harapnya sedikit demi sedikit,akan aku cuba perbaiki kesilapan ini dari masa ke semasa.Ah,manusia mana yang tidak melakukan kesilapan.Kesilapan dan kegagalan sebenarnya satu langkah untuk berjaya.Manusia yang gagal bukanlah manusia yang sering melakukan kesilapan.Manusia yang gagal pada aku adalah manusia yang gagal belajar dari kesilapan.

Owh.Dalam cuba menstruktur kembali apa yang aku perlu dalam aktiviti blog ini,ada beberapa kesimpulan yang aku cuba himpunkan.Moga dapat dijadikan panduan untuk aku serta kau yang membaca.Ini adalah kesimpulan,maka ianya adalah ringkas sahaja.Ia mungkin senarai yang panjang dan kau pula mula bosan untuk membaca.

Maklumat Empunya Blog : Sebenarnya ia amat penting untuk sesuatu blog. Pelawat akan cuba mengenali diri kau sedikit sebanyak.Anggaplah ia sebagai satu cara pengenalan diri kau. Letaklah gambar terbaik yang kau rasa boleh menarik minat pelawat.

Headline (Tajuk Post kau ) : Tajuk post juga memainkan peranan penting. Untuk kejayaan dalam “google indexing” dan untuk menarik pelawat membaca keseluruhan cerita. Tajuk yang baik membuatkan pelawat memahami apa yang kau cuba sampaikan.

Ketidaktentuan dalam Menulis Blog : Bahasa yang senang adalah -> update blog.Itu juga antara kesilapan yang sering berlaku.Aku cuba elakkan,tapi itulah yang terjadi.Pelawat mungkin suka melawat blog kau,tetapi akibat kelewatan kau membuat entri terbaru menyebabkan apabila mereka masuk blog engkau,butang pangkah akan ditekan serta merta bila tiada post baru dibuat.
Hala tuju Penulisan : Kau mencampur adukkan pelbagai topic dalam satu blog.Aha..ini yang aku buat sekarang.Jika kau ingin berbicara tentang perniagaan,tumpukan sahaja dalam penulisan berkaitan perniagaan.Jika isu semasa,buatlah tentang isu semasa. - Tapi,yang ini aku tak tau la..mampukah aku betulkan kesilapan??

Pelbagai widget,add-ons : Tahukah kau, antara kriteria blog yang baik? Blog yang baik adalah blog yang simple tetapi padat dengan penyampaian.Menambah fungsi-fungsi ( yang tidak berguna sangat pada pelawat ) adalah kesilapan yang perlu dielakkan.Kau meletakkan auto-popups,auto-play music,dan pelbagai lagi widget sebenarnya membosankan pelawat.Senang cerita,banyak sangat kau letak widget dan add-on,lagi lembap loading nak masuk blog kau.Ia seperti kau meletakkan banyak aksesori pada kereta kau sehingga membuatkan kereta kau seperti kapal terbang.

Tidak membuat Trackbacks,Pingbacks,Penghargaan : Ini sebenarnya adalah satu kesilapan yang sering dilakukan.Mungkin kau ingat ia adalah satu langkah dalam menutupi penulisan engkau.Yer,memang kau tulis itu sendiri.Tetapi kadang-kala ideanya datang dari blog lain.So,berilah penghargaan kepada mereka juga.Dan kalau mereka benarkan pingbacks/trackbacks sudah tentu pelawat mereka akan tahu URL blog engkau

Lambakan Iklan : Memang memjana pendapatan dari iklan merupakan satu perkara yang bagus.Apa yang menyakitkan mata adalah lambakan iklan-iklan itu.Jika entri kau hanya 6 baris tetapi iklan penuh satu halaman,buat orang tertanya.Apa tujuan kau membuat blog?Ah,pikirkan sendiri.Iklan tidak salah.Tapi melambakkan iklan memualkan pelawat.Aturlah iklan betul-betul.
Enteri yang Sama : Hentikan lah membuat entri yang sama dengan penulis yang lain.Kerana,kadangkala apa yang kau tulis hampir sama dengan mereka. ( owh,aku tahu,entri ini pun hampir sama dengan beberapa penulis.Ini adalah kesilapan aku.Aku haru ingat )

Tiada RSS - Tidak semua orang akan ada masa melawat blog kau.Jadi,Rss merupakan satu cara dalam memberitahu mereka bahawa kau telah mengemaskini blog kau.Full RSS adalah lebih baik.Aku sedang membaiki kesilapan ini.Kau pun ku harap begitu.

Ini Yang paling penting.Kau sudah tahu kau ada beberapa kesilapan semasa kau menulis blog.Tapi kau tidak membuat pembetulan dan kau masih mengekalkan kesilapan itu.

Antara lain yang kau boleh buat rujukan :
MohdIsmail.net :http://www.mohdismail.net/blog/5-sebab-kenapa-aku-tidak-akan-baca-blog-kau/
Jakob Nielsen :Top Ten Design Mistake
DailyBlogTips :Mistake Final List
Topotato.com: blog-yang-kurang-digemari-topo/
CodingHorror :13 Blog Clihes

ah..aku tahu..pasti akan ramai kata.Ini blog aku,sukati aku.. heheh.. :)