Thursday, September 1, 2011

Baju Raya Baru...

Bila menjelang Syawal, semua orang sibuk nak beli baju raya... Ada baju raya yang dah ditempah 3 bulan sebelum puasa.. Ada pulak yang malas nak tempah tapi diorang beli ajer baju yang dah siap... Mana-mana pun boleh ikut kesukaan masing-masing...

Semenjak dah semakin dewasa neh.... (hehhee... actually dah semakin tua ).. teman dah tak berapa kisah sangat dengan baju raya.. entah la kenapa... maybe salah satu sebab kerana semenjak arwah bapak dah takde, teman sekeluarga beraya ala-kadar ajer... yalah.. dulu gi sana sini dengan arwah bapak.. sekarang neh, nak beraya rumah sedara-mara pun tak berapa happening....

tapi masa hari terakhir ramadhan hari tu, secara tak sengaja, teman ada menonton rancangan Tanyalah Ustaz kat TV9... ustaz tu bagitahu yang 1 Syawal neh mesti disambut dengan gembira tapi tidak berlebih-lebihan... biasa lah tu... mana-mana ceramah pasal raya memang akan ingatkan tentang jangan over beraya... jangan over makan... jangan over itu... jangan over ini....

Tapi ada satu perkara yang teman rasa menarik iaitu tentang baju raya... ustaz tu bagitahu, baju raya baru adalah salah satu perkara penting dalam menyambut syawal... ustaz tu bercerita tentang masa zaman Nabi dulu, ada seorang sahabat Nabi yang ingin mengerjakan solat sunat raya tapi tidak mengenakan baju raya baru.. So, Nabi bertanya kepada sahabat Baginda yang lain siapakah antara mereka yang mempunyai 2 pasang baju baru untuk beraya... Baginda minta sahabat tersebut meminjamkan dahulu baju raya kedua itu kepada sahabat yang ingin bersolat sunat raya itu... selepas bersolat, baju itu boleh dipulangkan semula kepada tuan punya baju.. maka ustaz tu pun menegaskan, ini menunjukkan yang baju raya baru adalah penting dalam menyambut 1 syawal terutamanya semasa ingin mengerjakan solat sunat aidilfitri sebagai tanda kemenangan umat Islam melawan nafsu sebulan Ramadhan..

lepas mendengar kisah ini, teman teringat tentang adik lelaki teman yang telah tahun ketiga tidak membeli baju melayu yang baru. bukan tiada kemampuan tapi tiada minat nak membeli sebab arwah bapak dah tiada. rasa excited tu dah hilang... :( Actually, baju-baju kurung teman neh pun, teman hanya tempah kain-kain lama yang belum berjahit. Mujur jugak teman ada membeli sepasang kurung moden.. kiranya tetap ada baju baru untuk sambutan 1 syawal ini...

jadi tahun depan, insyaAllah teman akan berusaha menyuruh adik membeli baju raya baru... bukan kita dah tak ingat dengan arwah bapak yang dah pergi, tapi sebagai tanda bergembira menyambut syawal..

okey... akhir kata... teman memohon ampun dan maaf zahir batin atas segala salah dan silap. Selamat Hari Raya semua dan Salam Merdeka :)

No comments:

Post a Comment