Friday, January 16, 2009

MGS ku sayang...

Menjadi guru menyebabkan anda akan sentiasa terkenang zaman persekolahan anda.. Tambahan pula sekiranya anda ditempatkan di sebuah sekolah yang tak berapa jauh dari sekolah anda dahulu dan yang paling utama ialah guru anda yang pernah menjadi ibu angkat anda juga mengajar di sekolah tersebut dan beliau kini adalah bos anda... smile.. :)
Atau lebih tepat, lagi Pn Wong Koon Yoke yang pernah mengajar subjek Kimia di MGS Ipoh kini ialah penyelia petang teman selepas transfer dari semera dulu. Tapi tu lah.. nak tegur awal-awal lapor diri dulu macam shy syh cat sket tapi coz muka teman neh tak banyak berubah dari sekolah dulu (ayat perasan), maka Pn Wong terus bertanya teman neh ex-mgs ka dulu coz muka teman neh familiar gitu..heheh.. tapi ogos thn lepas beliau dah bersara.. huh..syoknya kalau dah tak mengajar dah.. leh dok umah rehat jer..

ekceli.. tadi teman nak search video si memey sememeh tu yang jadi guest kat WHI. hari tu teman tak sempat tengok coz sekolah petang. Pukul 12 dah ready nak siap-siap gi mengajar. so, tak dapat la teman menengok rancangan WHI yang dah macam melodi sekarang.. iyhh.. dah melalut lak..

then, teman tak sengaja jumpa video hari guru mgs 2008. bila tgk semula.., teman pun pernah melalui zaman tersebut dengan gumbiranya.. teman amat yakin bahawa cekgu-cekgi yang mengajar kat mgs mesti tak setension teman yang mengajar di pgs coz kat mgs hanya guna bm and english.. tolong jangan kata teman neh racist lak.. teman bukan racist ya cuma kadang-kadang rasa macam mengajar di taiwan.. setiap kali mengajar mesti akan ada student yang perlu mentranslatekan sebahagian dari pengajaran hari itu kerana kurang faham. if tak faham english takpe la jugak.. ini bm pun tak reti.. ada ka patut teman tanya agama apa? pun tak boleh jawab.. hisy..dapat pulak teman kena mengajar pend.moral.. azab betul la.. maths jugak yang senang..

Tapi ada jugak keseronokan mengajar di pgs.. teman belajar perkataan baru setiap hari dan sekiranya ada students yang dok mengata-ngata teman, tidak pulak teman cepat terasa hati coz teman memang tak paham apa benda yang dema dok kutuk-kutuk teman..sukati kome la nak ngutuk cekgu ka nak ikut cekgu ka.. yang bertambah bezz ialah ex-student teman di semera dulu, sekarang jadi cekgu mandarin teman pulak..hehe thanx a lot wei yee.. sengaja teman malas nak belajar dari students sekolah neh.. terlampau kebudak-budakkan.. baru form 2.

to those from mgs ipoh (ex-mgs ya..), sila enjoy tengok video hari guru 2008 yang sedang menunjukkan betapa sportingnya cekgu-cekgi mgs yang teman amat yakin masih mengekalkan budaya sekolah seperti 10 tahun dahulu walaupun banyak cekgu teman dulu yang tak nampak pun dalam video tu..
korang agak miss chee dalam video neh miss chee yang mengajar akaun dulu tu ka?? nampak en dilip dalam neh.. yang lelain tu tak dikenali..

for those from 5v2 (ex-5v2 spm 1997), jomlah melepaskan rindu pada mr cheang. sekarang dia dah gemuk sket coz dengar kata dah berhenti merokok. mesti dia ketawa besar if tahu teman sekarang mengajar maths.. heheheh..kuasa Allah.. siapalah tahu..
mr cheang.. i love u.. nampak sangat tukang amik video neh sorok2 bawak hp gi sekolah..

Friday, January 2, 2009

sabar




Lama dah teman x update blog neh.. bila teman nak menulis ajer, mesti teringat kat arwah bapak yg selalu tegur teman asyik dok berjam-jam depan pc..

tp teman patut bersyukur banyak2. sekurang-kurangnya teman hidup 28 thn dgn bapak. ada org lain tu..dari kecik lagi dah xde bapak.. dan sesungguhnya teman sgt2 bersyukur kerana bapak teman sempatlah merasa duit hasil titik peluh teman sepanjang 6 thn bekerja neh..dan teman jugak dpt menjaga bapak betul2 selepas 2 thn balik mgajar kat ipoh..

tp tu lah..teman rasa terkilan jugak coz bpk x sempat nak mewalikan anak perempuan dia yg 2 org ajer neh walaupun bpk sempat tgk waktu lop akad nikah dalam keadaan bapak yg amat lemah..

hahah.. nape lak teman tetiba sedih neh.. teman sebenarnya dah ok tp pas gi sek utk mesy tadi, ramai pulak yg dok tya2 pasal pemergian bapak teman.. ckg2 sek mmg tahu yg bpk teman kurang sihat.

walaupun niat diorg tu baik utk bertanya khabar, tp sebenarnya kata2 semangat tu teman rasa x perlu cakap la..
teman pun tahu mmg kena bersabar.. mmg harus bersabar.. mmg perlu bersabar..kadang2 itu yg menyebabkan teman rasa sebak tiba2.. dan perasaan sebak yang disertakan dgn cuaca hujan berpanjangan menyebabkan teman rasa bukan hendak mengeluarkan air mata sahaja.. tapi terus ajer menangis teresak-esak.. syukur sebelum sampai rumah, teman dah ok.. nangis dlm keter ajer..

cis.. menitis jugak air mata teman sambil menaip neh.. sahabat2 ku.. mohon sedekah fatihah untuk bpk teman.. syukran..

Saturday, December 13, 2008

Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu

Dalam dakapan senja
Kurenungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan
Dikau pergi

Dingin hembusan bayu
Lemah longlai langkah kakimu
Lambaianmu kian jauh
Dari mata

Malangnya...
Bencana menimpa
Kau telah pergi untuk selamanya
Tak kembali

Pada saat terakhir
Kumelihat paras wajahmu
Kau bisikkan hanya sayang
Kepadaku...

Friday, December 5, 2008

Bila Rindu


Bila rindu - ruffedge
Dikeheningan malam
Termenung ku berseorang
Tak lena mata dipejam
Terdengar suara terngiang
Suara merdu yg disayang
Bagai kau didepan mata
Ku capai tapi tak kena
Sukarnya memendam rasa
Ingin ku luahkan kata
Bila rindu
Terkenang mu sayang terasa sayu
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam
Jauh terbang diri ku melayang
Aku rindu
Sentuhan mu ku rasa sayu
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini
Bawa ku dalam pelangi
Melepasi batas diri ini.
Jauh angan ku lena
Kurasa kita bersama
Kau bawa daku kesana
Ke alam kisah yang lama
Kenangan didalam jiwa
Bila terjaga semula
Disisiku kau tiada
Sukarnya ku pendam rasa
Inginku luahkan semua

Sesungguhnya kita mestilah
Wujudkan sefahaman dan hormat menghormati
Ikhlas kasih sabar
InsyAllah kita akan
Bertemu semula

Aura yang memecah semesta
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian
Kesepian menyelubungi hari-hariku
Disajikan dalam doa-doa rindu
Yang menanti kau datang dan pergi
Seperti mimpi-mimpiku fantasiku
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran
Disisi cuping di setiap corong
Lorong yang lohong
Benar ku tak bohong
Bila hati menyanyi

Selamat Pengantin Baru Lop

Pada 22 nov 08 yg lalu, lop sudahpun bergelar suami kpd kakak iparku iaitu pn norhafizah bt sidek. Esoknya,majlis sanding diadakan. So, skrg aku dah ada kakak la.hehe..












Wednesday, November 19, 2008

menjemput tetamu

Tahukah anda bahawa menjemput tetamu utk ke kenduri kahwin adalah suatu perkara yang memenatkan?? tambahan pula jika hampir semua penduduk kampung adalah berkait saudara.. dan bukan dalam kampung yang sama sahaja.. tuan rumah perlu jugek menjemput mereka yang tidak tinggal sekampung tp masih dalam satu area or kawasan or bandar or negeri or negara yang sama.. belum lagi menjemput melalui pos, telefon, email.. bla..bla..bla.. itu baru saudara mara..belum lagi sahabat handai kepada pengantin itu sendiri.. dan yang paling penting ialah sahabat handai kepada ibu bapa si pengantin..ahah..

dua tiga hari neh teman busy menjemput sedara mara bapak..sedara mara mak melalui telefon ajer byk ..diorg ramai dok jauh..actually menjemput tetamu neh dahpun bermula masa time raya lagi..kan masa tu ramai org dtg beraya..tetamu yg dijemput bukan calang-calang kerana hampir seluruh penduduk kampung kepayang dan serdang permai serta sebahagian penduduk dari sungai ular, sindu, pengkalan baru, batu gajah,jeram,simpang pulai dan area2 yang sewaktu dengannya dijemput.. dan mereka ini adalah sedara mara..hahaha.. sedara sampai sedara tang mana..
walaupun penat, tp teman rasa seronok.. tau pasal apa?? pasalnya,selain berkenalan dengan sedara mara yang dok dekat tp lama x jumpa dan meliha reaksi mereka yang mesra dengan loghat perak yang pekat.. teman jugak dapat pengalaman baru dan jumpa pelbagai perkara menarik..
antara yang menarik ialah hampir setiap rumah yg kami pergi jemput beria-ria (ye ker..?!) ajak masuk ke rumah minum teh..(kopi pun ada kot..) tp disebabkan byk lg rumah nk gi jemput, maka hajat tuan rumah x dapatlah ditunaikan..
ada pulak tuan rumah yg siap bekalkan buah tgn sebelum kami beredar ke rumah lain pulak.. yalah..bukan selalu kami nk dtg pun.. tp pas dapat buah tgn sayuran kampung neh..for sure la kami akan rajin datang berziarah ke rumah makcik neh..hik..hik..

jantung pisang, pisang muda, bunga kantan and dalam daun pisang tu ada daun salang sebagai buah tangan yang free lagi bezz..
kitorg having lunch kat kedai makan mak kak ina.. kedai yg on d way ke cameron highlands.. kebetulan atai parking kereta bawah pokok saga.. ingat lagi biji buah saga?? teman masa kecik guna biji saga as bahan bantu belajar untuk mengira..skrg pakai calculator.. ;)

biji buah saga yang jatuh ke tanah

leh nampak x biji saga yang masih kat pokok neh??
selain itu, masa gi ajak tauke taucu opah yang terkenal kat ipoh neh..(terkenal ker..??!), kitorg tertarik dengan kuda-kuda peliharaan orang kaya azman..yg sebelah kilang taucu.. ada bangsal kuda dalam kampung teman neh rupanya..hehehe.. dah 2 tahun lek smjg pun x tau..

bangsal kuda kg serdang permai

antara kuda yang makan rumput sampai ke kilang taucu

selain itu, masa menjemput pakcik sugiman di rumahnya, teman dapat snap gambo kucen dia.. tau apa yg menarik?? kucen ini elah diwarnakan dengan dye rambu kaler purple sempena aidilfitri yg lalu.. and pada hari ini, warna yg masih kekal di bulu kucen neh kaler merah pink.. masa raya hr tuh, bpk bgtau kaler kucen cantik.. skrg tompok2 jer..

kucen purple yg dah jd pink..



kucen berbulu pink..atai turut entreframe

di jeram masa lek dr mengajak pak din pulak, kami jumpa makanan org gopeng.. iaitu kelamai.. tuan2 tau apa itu kelamai?? meh sini teman cerita..


selamat datang untuk membeli kelamai
kelamai ialah sejenis makanan hari raya org rawa (mengikut kata mak).. ia berbentuk seperti lemang dan dimasak dalam buluh juga seperti lemang.. cuma lemang dalamnya ada pulut dan santan tetapi dalam kelamai ada tepung dan gula merah.. kaedah mengopek kelamai ini x sama cam lemang yang buluh itu dibelah panjang.. buluh kelamai hanya di belah sedikit demi sedikit mengikut part demi part dan dikoyak (sila rujuk gambo).. so baki kelamai yg belum dimakan masih disimpan dalam buluh..rasanya manis coz kandungan gula merah td.. selalunya menjadi hidangan raya seperi lemang tp sekarang bukan hari raya pun leh dapat kelamai neh..

kelamai yang sedia untuk dijual


makyang sedia nak belah kelamai

kaedah belah buluh kelamai

kelamai yang sedia untuk dihidang

byk lg yang menarik.. tp ini jer la dlu.. ada masa teman stori benda lain lak.. excited giler teman nak berkenduri kawin abang teman neh..

Monday, November 3, 2008

Kedai Vanggey


Smlm 1st time teman,mak n bpk g mkn kt kdai vanggei baru kt greentown. Makanan tetap rasa yg sama mcm tmpat lama yg kcik lg usang tu. Dgn menu yg makin byk n ada 2 section iaitu dlm kdai..ada aircond kot n satu section lg kt halaman kdai yg open air. Teman sebenonya heran dgn kdai neh. Rasa cam kdai mamak biasa je tp apsal la bpk teman gemar beno mkn kt sini. Lop,atai n most org iph neh mmg ske je kdai neh. Teman biasa2 je.. Ske pun x.. X ske pun x.. If org ajak g kdai neh teman ikut je.tp if ajak g kdai cheng ho yg dpn sket dr kdai neh,teman lg ske kot. He..he.. Tp kdai vanggei neh..since dah tau kdai ko ni dsukai ramai,tlg la jaga kbersihan toilet.kdai cantik dah.servis pun bgus. Tp toiletnya.. Allah saje yg tau..bebawak la rajin cuci ya.. N for those non iph yg dtg iph, don forget to come to this kdai vanggei. Nice food, nice place, nice service wif not nice toilet.
p/s: dis entry posted from my hp.