Saturday, March 28, 2009

Boys Over Flowers


pelakon BOF

kat tv tulis boys before flowers tp kat web sume tulis boys over flowers... x kisah la tu.. janji cerita yang sama.. dalam bahasa korea, cerita neh bertajuk khotboda namja..

gyo hye sun aka geum jan di & lee min ho aka gyu jun pyo
the main cast

sebenarnya BOF neh ialah drama korea yang tgh hangat kat korea sana.. sampai hari neh, 23 ep dah ditayangkan.. tinggal lagi 2 ep nak abis coz jumlah sume ep ialah 25.. skrip asal cerita neh cuma 24 ep tapi disebabkan main actress drama neh eksiden, so ep 17 ditukar jadi ep khas untuk behind he screen drama neh.. lagipun ada jugak beberapa krew n pelakon tambahan lain pun cedera gak dalam eksiden yang dikatakan major jugak.. yang paling bezz ialah, orang pertama yang sampai tempat kejadian untuk membantu ialah main actor drama neh.. wah.. kelass gitu.. dan dan teman rasa bezz ajer if diorang end up sama-sama kat luar drama pun.. hik..hik..


frenz of the hero n heroine yang kiut miut

teman sekadar nak kongsi tentang betapa bestnya drama neh.. drama neh hanyalah cerita cinta 2 darjat versi moden.. tentang anak tycoon korean yang jatuh cinta kat anak seorang peniaga kedai dobi.. tp herannya, walaupun kisah macam neh dah selalu disajikan, teman tetap rasa drama-drama korea neh menarik untuk kita terus mengikuti drama neh sampai akhir.. bukan tu ajer, sementara nak tggu ep seterusnya keluar, teman rasa macam tak boleh buat kije lain.. diulangi.. tak boleh buat kije lain..hari-hari bukak web drama neh untuk tgk kot-kot preview untuk next ep dah kuar ke belum.. kot-kot ada video behind the screen ka takde.. kot-kot ada interview dengan semua cast drama neh ke.. itu belum lagi berbalas-balas post dengan forumer lain kat forum.. untuk drama neh ajer, dah 3 thread keluar n setiap thread ada 100 pages..! adakah teman dah gila??? hmm..sedang difikirkan..

Dan teman jugak dah abis donlod 3 album ost dari drama neh.. diulangi.. 3 album ost dari drama ini shj..! belum lagi campur video yang dibuat oleh peminat-peminat seluruh dunia..

fan made video..

Teman selalu terfikir kenapalah drama-drama malaysia neh tak dapat meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton sehingga mampu mencipta pelbagai fanclub dari seluruh dunia.. lagi satu, kenapa la background song untuk drama-drama malaysia neh tak banyak.. dah le sikit.. lagu nya bukan bezz sangat pun.. itu belum lagi view yang entah apa-apa.. malaysia nih kan byk tempat2 menarik.. apa salahnya sambil membuat drama, diorg turut promote beberapa tempat menarik sekitar malaysia neh.. ini tak.. sesikit kat umah.. pastu pej.. pastu kedai makan.. nasib baik la filem2 yasmin ahmad banyak menonjolkan ipoh.. heheh.. at least, view yang ditunjukkan tu tempat yang menarik la jugak cam kat gunung lang tuh..

tempat neh dalam filem sepet

Saturday, March 21, 2009

cruise sg melaka

cruise sg lagi???
ya.. dulu cruise sg muar tapi kali neh sungai melaka pulak..

bezz sebenarnya melihat bandar melaka dari atas bot neh.. ala-ala cam kat venice gitu..hehe

selain dapat tgk kafe-kafe menarik ala konon-konon kat paris, kat sungai neh jugak leh nampak eye on malaysia yang kitorang naik dah sebelum neh. and ada pulak kincir air ala belanda yang macam gondola eye on mesia tuh..

background ada kafe-kafe menarik

selain tu, boleh jugak tgk perkampungan melayu tepi sungai tu.. tapi bukan kampung sangat pun.. kampung moden with very nice view.. tiap-tiap umah berwarna-warni and ada pelbagai daya penarik..

tgk rumah ni.. bumbung dia cat jalur gemilang la..

paling bezz masa tgh cruise neh ialah waktu berselisih dengan bot yang lain.. kemain lagi gelombang sungai tu.. kecut perut teman.. tp teman tgk orang lain rilek ajer.. bila dah byk kali selisih dengan bot yang lain.. teman dah ok..heheh..
tapi.. tetiba orang yang dalam bot teman neh bising-bising.. tau kenapa?? haha.. rupanya kitorang berselisih dengan bot yang dinaiki oleh pak lah, jeanne and ali rustam.. gamat jap la.. hik..hik.. semua jakun nak tgk pak lah live depan mata.


masa neh nampak jeanne jer

hidup pak lah.. hehe

oo.. sebenarnya pak lah datang melaka untuk merasmikan perayaan krismas peringkat kebangsaan malam harinya yang mana melaka jadik tuan rumah..

menarik sungguh teman rasa.. maklumlah 1st time jumpa perdana menteri.. tun mahathir masa jadi pm sampai dah bersara ni pun teman tak pernah jumpa..

eye on malaysia..

tahukah anda bahawa teman baru je 1st time naik eye on malaysia tuh..

itupun bukan kat titiwangsa tp kat melaka.. hahaha.. punyalah ketinggalan zaman teman neh.. nasib ajer muar tu dekat ngan melaka..


ekceli..kitorang sekeluarga saja nak jalan-jalan gi melaka.. then, masa nak cari kedai makan utk lunch, nampak la pulak eye on mesia neh.. yalah.. kan tinggi.. dari jauh dah nmpak.. so, pas lunch, kitorg pun menuju ke eye on mesia neh.. siap sesat2 lagi.. sama ngan satu keter dr singapore tuh.. adoi.. nk sampai nya kemain lagi jalan pusing2.. signboard pulak tak membantu langsung.. panas erik lak lagi.. adoi..

sampai jugak akhirnya..

rupa-rupanya.. sangatlah seronok naik menatang neh.. rugi sungguh teman tak naik dari dulu lagi.. mula2 tu takut gak coz teman neh gayat.. tp pas dah masuk gondola tu.. cam bezz la pulak.. kejap jer rasa dah abis..

konon-konon control ceria dalam gondola..

pandangan bandar melaka dari atas

bergambar kat iklan MISA
kitorang nak ke space pulak nnt.. hehe..

pas neh nak gi mana pulak erk??

Friday, March 20, 2009

cruise sg muar

jeti tanjung emas??
kat man neh??
hehe.. kat muar la..

kat sini, kita boleh menyusuri sg muar dan melihat pemandangan bandar muar dari atas bot.. memang bezz..! muar neh banyak gak bangunan klasik.. sebelum tu, jangan lupa jaket keselamatan..heheh..

berseronok atas bot dengan jaket keselamatan
iklan colgate!

gambar skema sekeluarga atas bot

kat ipoh tu kata nak wat gak crusie sg kinta tu.. ntah bila nak buat.. ntah..bye sg muar..
ok next..!

asam pedas muar

next.. ASAM PEDAS MAK PON
kedai neh depan kampung nelayan..

if dah sampai muar, tak sah la if tak pekena asam pedas muar yang glamour tu..
nyum..nyum..
air tak sampai-sampai lagi..


sedap oo...
bajet model peti surat..!

bye asam pedas.. umur panjang jumpa lagi..

jalan-jalan muar

jalan-jalan-jalan..

ya..dah lama x update blog..
kali neh nak tulis cerita lama la.. x la lama sgt..

hjg thn lepas, kami sekeluarga gi umah lop kat muar.. umah baru dengan fiza.. sajer jer datang menziarah.. sambil tu nak gak round muar for 2nd time.. first time gi dulu thn 2007 kot..


masa sampai kat muar, 1st yg menarik ialah antena tv yang tinggi coz org2 muar neh nak dapatkan siaran singapore.. sekali tgk cam tali-ali yang ada kat kapal pulak..heh


antena tv yang menarik..

excited je dah sampai depan umah lop.. maklumla..penat gak dok dlm keter dr ipoh ke muar tu.. eh tak.. dari kl je coz teman ngan atai gi amik mak yang ada kursus kat maluri and pastu amik alina lak kat cheras then terus ke muar.

konon-konon seronok sangat depan umah lop

biar betul en farid neh.. macam x caya jer.. hmmm..

malam tu kitorang dinner makan ikan bakar. katanya bezz sangat ikan bakar sini.. not bad la.. tp bezz lagi kat melaka rasanya..


tepi sungai medan ikan bakar neh..

pengantin baru yang kenyang..!



datang johor mesti makan otak-otak..

disebabkan lop kena kerja esoknya.. so, pas makan kitorang terus lek umah and tido.. lagipun penat jalan siangnya pun blum hilang.. bila dah kenyang, cepat jer tidur.. :)

next.. bersambung di posting seterusnya.. heheh

Monday, March 9, 2009

JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W


Salam maulidurrasul..

Sempena hari maulid ini, teman saja nak share sedikit ilmu buat tatapan semua rakan. Teman amik artikel neh dari kawan
tagged teman. Pesan Nabi Muhammad s.a.w, sampaikanlah sunnahku walaupun sebaris ayat.. Ingat yer kawan-kawan, ilmu yang tidak dimanfaatkan adalah sia-sia..

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.