Saturday, September 27, 2008

AIDILFITRI

Salam Aidilfiri buat semua.. teman teringat masa teman kecik-kecik dulu, raja ema and jamal abdillah ada nyanyi satu lagu raya dalam iklan eon.. teman ingat lagi lirik lagu tu..

Hari Raya hari yang mulia
penuh bererti kepada kita
Tua muda miskin dan kaya
Menyambutnya dengan gembira

Berhati-hati di jalan raya
Semoga anda selamat tiba
Kunjungi teman sanak sanudara
Bersama gembira di hari raya

Salah dan silap kiranya ada
Bermaaf-maafan sesama kita
Ucapan selamat hari raya
Dari farah untuk semua...


Wednesday, September 24, 2008

the meaning of your birthday..

untuk dikongsi bersama..
notes neh teman amik dr facebook teman..
macam ada yg betul tp x sume la..
September 24, 1980
Lucky Color: Amber
Personality Strengths: Compassion, Humor
Personality Weakness(es): Impatience
Successful Career Path: Fashion
Sense of Humor Style: Quick-witted
Adjectives to Describe You: enterprising, strong
Also born on September 24: Meet them now
Description:
Mature and understanding - you are the wise person of the group. Cautiously optimistic by nature, you have a better and more balanced perspective on things are you as compared to the people you associate with - everyone turns to you for advice, as they should!

Monday, September 22, 2008

sekolah tingkatan berapa??

pg neh teman rasa bezz sgt.. seawal kul 7.30 pgi teman dah sampai kat kedai barang borong sebelah tempat bapak dialysis. then kat kedai tu jumpa kawan bpk yg dialysis sama dia. sambil bli beras, makcik tu tanya kat bpk anak sekolah tingkatan berapa?? hehehehhh.. syoknya teman dengo.. tp xkan nk tipu makcik tu pulak kan.. teman pun dgn ramah mesra bgtau yg teman neh mengajar dah kat sek cina jln kampar tu..sambil teman tunjuk kat sek teman yg x jauh dr kedai tu.. then makcik u reply..makcik ingat sekolah lagi..badan kecik..!

heheh.. sekrg baru teman rasa yg mempunyai badan yg kecik neh byk jugak kelebihannya.. salah satu ialah kita nmpk muda, rasa muda dan jadi muda.. (perasan muda)..hehehe..

Wednesday, September 10, 2008

kegunaan hp di kelas

minggu lepas start posa. so, sekolah teman cut 5 minit each subject so that kitorg leh lek awal bulan posa neh.. tak la awal mana pun.. kul 5.45 ptg dari waktu biasa yang 6.30 ptg tuh..

jadi.. student pun rehat awal kul 3.25.. waktu selepas rehat ialah kul 3.45.. tapi coz diorg (student 1e) neh dok main apa tah sampai lupa nak masuk kelas.. lagipun loceng x bunyi ikut waktu bulan posa.. dia dok bunyi ikut jadual biasa.. diorg masuk kelas lewat.

actually at that time, dah 5 minit teman dlm kelas tu.. but these students belik kelas melenggang-lenggang.. siap bgtau baru lek dr toilet la..dr library la.. apa la.. teman mengamuk la kejap. pastu teman suh budak2 lewat neh berdiri luar kelas and ketuk ketampi 3 kali.. tp diorg sume dok wat degil x nak ketuk ketampi.. so..teman biar diorg berdiri tepi pintu but masih leh nmpk la apa yg teman ajar.. pasu teman bagi la demerit.. itu ajer jawapannya bagi bebudak degil neh..

then on jumaat las week, teman ada lg kelas dgn 1E neh lepas rehat. but this time, all the students dah ada dalam kelas siap-siap. sudeenly teman ternampak mesej kat papan hitam yang dalam tulisan cina except my name yg ditulis rumi.. teman suspect kot2 dirg neh dok ngata teman sambil conteng papan tulis tu tp since ada tulis nama subject maths, teman rasa maybe something about math la yg diorg cakap. teman tanya kat kelas apa benda yang diorg tulis tu.. tapi bebudak tu leh kata x au apa benda yang ditulis tu.. hangat hati jap teman.. teman tanya kat monitor lak. monitor tu kata diorg pesan pelajar 1E supaya masuk kelas awal pas rehat waktu kelas mah cik farah. tp since bebudak tu dok ketawa2 jer.. teman pun kuarkan hp canggih teman n snap gambo tulisan tu.. haha... masa tu sume bebudak cam caya x caya jer teman amik gambo mesej kat papan tulis tu.

keh..keh..keh.. teman pun x sangka teman leh lak nk amik gambo dalam kelas.. tapi itulah kenyataanya! balik staff room, teman tanya ckgu bhs cina apa benda yg diorg tulis kat papan hitam tu n jawapan ckg tu sama ngan monitor tu cakap.. tp kalau la benda lain yg diorg tulis, sure teman ada bukti... so teman rasa bagus gak ada kamera kat hp neh.. mcm2 perkara leh digunakan..

Monday, September 8, 2008

Siapa sebenarnya yang rasis?

(dari utusan - 7 sept 08 oleh ku seman)
Siapa sebenarnya yang rasis?

"Rasis" dan "perkauman" telah lama menjadi istilah yang mengikat orang-orang Melayu daripada bercakap tentang kepentingan Melayu. Dua istilah ini sekaligus menjadi fobia kepada orang Melayu, mereka bimbang kalau apa yang dikatakan terjebak dalam erti rasis atau perkauman. Kalau ini berlaku, fikir mereka, sudah tentu akan menyinggung perasaan kaum lain yang datang kemudian tetapi diterima menjadi rakyat negara ini. Bagaimanapun dari sudut lain, fobia dilabel dua istilah ini pula membuka laluan kepada kaum lain bertindak sebaliknya kepada orang Melayu.

Sebenarnya kedua-dua istilah ini tidak ada dalam perbendaharaan kata adat dan berbudaya orang Melayu. Orang Melayu tidak diajar untuk berlaku rasis kepada kaum lain, biar pun kaum yang datang kemudian itu membawa maksud pendatang. Dalam budaya dan tradisi Melayu, tetamu tetap dirai, silap dan lantangnya pula terpaksa ditelan dengan senyum dan bermanis muka. Inilah orang Melayu. Sejak turun temurun mereka diasuh mendahulukan yang datang seperti kata bidalan, orang asing yang singgah kekenyangan, anak di rumah mati kelaparan. Dalam konteks politik, orang Melayu berpesan kepada diri sendiri supaya memegang etika sebagai tuan rumah. Tetapi pada masa yang sama, sesetengah pihak dalam kalangan kaum yang datang ke negara ini tidak membawa budaya pendatang yakni menjaga hati tuan rumah.

Tetapi apalah gunanya menjadi tuan rumah kalau terlalu kerap disuruh beralah dengan gelagat orang asing yang datang ke rumah mereka? Sebenarnya orang Melayu di negara ini sudah lama dimangsai oleh dua istilah di atas yang dilabelkan dengan sewenang-wenangnya kepada kepada orang Melayu yang menyuarakan tentang hak mereka. Ketidakadilan menggunakan label ini sangat jelas apabila rasis tidak dirujuk kepada kaum lain, melainkan orang Melayu. Persoalannya benarkah orang Melayu rasis ketika ada kaum lain yang berarak dan membuat keganasan di jalan-jalan raya mempertikaikan hak orang-orang Melayu?

Isu Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Pulau Pinang, Datuk Ahmad Ismail yang menganggap orang Cina sebagai "pendatang" memberi peluang terbaru untuk melabelkan orang Melayu sebagai rasis. Ahmad Ismail "diserang" bertalu-talu oleh parti Gerakan, sebuah parti yang duduk bersama UMNO dalam Barisan Nasional (BN). Gerakan yakni orang Cina menuntut Ahmad Ismail meminta maaf kerana menganggap orang Cina sebagai pendatang. Gerakan melabelkan Ahmad Ismail sebagai rasis dan kecinaan Gerakan pun semakin terserlah apabila mahu mengkaji semula kedudukan parti itu dalam BN. Label rasis begitu mudah digunakan untuk merujuk tindak tanduk orang Melayu yang menyebut asal usul orang Cina di negara ini. Padahal dalam konteks sejarah apa yang disebut oleh Ahmad Ismail itu memang tertulis kebenarannya.

Dalam sebuah kampung yang dihuni oleh orang Melayu bukanlah suatu fenomena yang luar biasa kalau ada sebuah kedai runcit Cina yang begitu maju perniagaannya. Siapakah yang memajukan perniagaan kedai runcit ini kalau bukan semua orang Melayu di kampung berkenaan? Kalau benar orang Melayu mengamalkan racisme, percayalah tidak ada kedai India atau Cina di kampung-kampung Melayu. Orang Melayu tidak ada masalah untuk berurusan jual beli di kedai milik Cina dan sikap ini bukan dibuat-buat sebaliknya memang menjadi amalan sejak dulu lagi.

Sikap terbuka di pekan atau bandar-bandar pula, sebahagian besar kedai dimiliki oleh orang Cina dan segelintir saja dimiliki orang Melayu. Orang Cina tidak pergi ke kedai orang Melayu seperti orang Melayu berduyun-duyun ke kedai Cina. Malah sikap terbuka orang Melayu ini juga banyak membunuh perniagaan orang Melayu di pekan dan bandar-bandar besar apabila orang Melayu pilih kedai Cina dan orang Cina pilih kedai kaumnya. Itu pun orang Melayu tetap dianggap kaum yang mengamalkan racisme terhadap kaum lain.

Nampaknya orang Melayu tidak boleh lagi berterusan mengambil langkah yang apologetik semata-mata untuk mengambil hati kaum-kaum lain di negara ini. Apa saja yang menyentuh kepentingan orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini dan yang terkandung dalam Perlembagaan perlu terus diperjuangkan. Orang Melayu perlu mempunyai keberanian untuk menangkis pihak lain yang menggunakan istilah rasis dan perkauman untuk menutup hujah mengenai orang Melayu. Malah orang Melayu perlu menyerlahkan keberanian untuk tidak menjadikan Perlembagaan sebagai kitab usang. Caranya ialah dengan tidak membiarkan pihak lain dengan mudah memanipulasikan sentimen yang menjuruskan kepada rasis sesuatu kaum.Isu Ketua UMNO Bukit Bendera ini perlu dijadikan titik penting untuk orang Melayu bangun menangkis sikap honar sesetengah pihak yang membakar api kaum di negara ini.
Tentu banyak yang masih ingat kenyataan seorang anggota Gerakan ketika Hindraf melancarkan demonstrasi besar-besaran di jalan-jalan utama di Kuala Lumpur dulu. Katanya, memang benar dasar UMNO menjadikan orang India di negara ini hidup terpinggir. UMNO itu Melayu dan menuduh dasar UMNO dengan sendirinya mengaitkan kononnya amalan rasis dilakukan oleh orang Melayu ke atas orang India di negara ini. Malangnya UMNO tidak agresif seperti yang dilakukan Gerakan dalam isu Ahmad Ismail. Ini satu kegagalan UMNO menangani isu yang dijuruskan kepada rasis. Tolong tanya kepada Gerakan, apakah tindakan yang diambil ke atas anggota Gerakan berkenaan yang bukan saja bertentangan dengan amalan Barisan Nasional tetapi lebih bahaya lagi menyalakan api rasis antara Melayu dengan India.

Adakah orang Melayu masih dianggap rasis selepas orang India dalam Gerakan menuduh dasar sebuah parti Melayu mengamalkan racisme hingga mereka terpinggir daripada pembangunan? Orang Melayu mesti membetulkan tanggapan begini supaya sejarah tidak terus ditipu kononnya Melayu itu rasis. Dalam masa yang sama adakah Hindraf yang dengan terang terang berkata mereka memusuhi UMNO itu bukan rasis dan orang Melayu masih boleh duduk diam tanpa berbuat apa-apa? Memusuhi UMNO adalah memusuhi Melayu kerana UMNO itu parti Melayu sekali pun tidak semua Melayu berada dalam UMNO. Adakah satu kaum mengakui secara terbuka memusuhi kaum lain masih tidak dianggap rasis?

MIC sebuah parti komponen Barisan Nasional. MIC dianggotai oleh orang India. Hindraf sebuah pergerakan haram juga dianggotai oleh orang India. Tetapi apabila ada beberapa orang kuat Hindraf ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), MIC dan Hindraf mendesak kerajaan membebaskan kaum mereka yang ditahan dalam ISA. Tahanan ISA bukan saja terdiri daripada orang India. Orang Melayu lebih banyak ditahan di bawah ISA. Tetapi orang Melayu tidak pula mendesak kerajaan membebaskan tahanan Melayu di bawah ISA atau menganjurkan "parti hari jadi" anak tahanan ISA di lobi bangunan Parlimen. Tindakan memperjuangkan nasib orang India saja yang ditahan di bawah ISA adalah menjurus kepada racisme, yakni memperjuangkan kepentingan satu kaum saja. Tetapi orang Melayu masih "berbudi bahasa" dan tidak melabelkan tindakan MIC dan Hindraf itu sebagai rasis.

ToleransiDi Selangor pula misalnya terdapat 700,000 orang beragama Hindu tetapi mereka mempunyai lebih 1,000 buah kuil. Padahal orang Islam di Selangor berjumlah empat juta orang tetapi hanya mempunyai 380 buah masjid. Sekiranya orang Melayu rasis, sudah tentu di Selangor tidak akan ada 700 kuil kalau melihat nisbah dengan jumlah masjid dan orang Islam. Semua ini berjalan lancar kerana toleransi orang Melayu yang faham peri pentingnya agama lain kepada kaum lain.

Kaum lain tidak perlu sengaja membuat andaian salah terhadap orang Melayu, kononnya Melayu kaum yang rasis dan penindas kepada kaum lain. Buktinya, dalam sejarah dan ketamadunan Melayu tidak mencatatkan Melayu sebagai penakluk. Lihatlah mana-mana catatan sejarah sekali pun, adakah mencatatkan bahawa orang Melayu menjadi penakluk seperti bangsa-bangsa lain di dunia? Kalau dilihat di luar konteks negara, dunia Melayu bukanlah sempit dan tidak berpengaruh. Tetapi memilik pengaruh besar tidak pernah menjadikan Melayu sebagai bangsa penakluk seperti sekian banyak penjajah yang menjajah negara ini. Jadi, orang Cina dan India perlu mengakui bahawa label rasis yang diberikan kepada orang Melayu sebenarnya membongkar sikap rasis mereka sendiri.

Toleransi orang Melayu sebenarnya hingga ke peringkat memakan diri. Semua ini tentunya dilakukan demi keamanan dan kestabilan politik di negara yang dihuni oleh pelbagai kaum ini. Apa lagi yang perlu orang Melayu korbankan supaya tidak dianggap rasis oleh orang bukan Melayu? Hinggakan menghunus keris yang menjadi salah satu daripada resam budaya Melayu tidak boleh dilakukan kerana orang Cina mentafsirkan keris itu melambangkan keganasan. Dalam budaya Melayu menghunus keris tidak ada kena mengena dengan mengamuk atau rasis terhadap kaum lain. Maka berkorbanlah orang Melayu memohon maaf kerana menghunus keris. Sebenarnya cerita tentang keris ini sangat sukar dipercayai tetapi begitulah realitinya yang terpaksa dihadapi oleh orang Melayu bagi menjaga keharmonian hidup di negara ini.

Kaum lain kena ingat, orang Melayu adalah manusia biasa yang mempunyai tahap kesabaran yang sama dengan orang lain. Sekiranya terlalu banyak provokasi yang melabelkan Melayu seolah-olah kaum yang rasis, sudah tentu suatu perasaan yang tidak baik wujud di antara pelbagai kaum di negara ini. Orang Melayu sebenarnya sangat terbuka. Lihatlah apabila ada anak muda Melayu yang membakar bendera Jalur Gemilang dalam kejadian di Batu Buruk, Terengganu, anak-anak muda itu menerima hukuman dan orang Melayu menerima dengan hati terbuka. Tetapi hati mereka remuk apabila seorang remaja Cina yang berada di luar negara menghina lagu Negaraku dengan mengubah lirik yang membawa maksud buruk tidak dikenakan apa-apa tindakan. Anak muda Melayu membakar Jalur Gemilang hanya disaksikan segelintir penduduk di Batu Buruk, tetapi lirik lagu Negaraku yang diubah dapat diakses di seluruh dunia menerusi Internet. MCA dan Gerakan juga mengkritik tindakan yang paling tidak patriotik itu tetapi nadanya sangat lembut dan akhirnya isu itu selesai tanpa penyudah.

Maka kepada isu Ahmad Ismail di Bukit Bendera, ketegasan untuk tidak memohon maaf perlu dihormati serta difahami oleh Gerakan. Hanya baru sekali ini orang Melayu bertegas, selepas banyak kali orang Melayu mengorbankan perasaan mereka untuk menjaga hati kaum lain. Kenyataan bahawa kedudukan kaum lain tidak sama dengan bumiputera di negara ini bukanlah luar biasa. Malah dalam Perlembagaan juga ada peruntukkan tertentu yang tidak diberikan kepada kaum lain. Mempertikaikan kenyataan Ahmad Ismail sama dengan mempertikaikan Perlembagaan. Adakah Gerakan cukup besar untuk mempertikaikan Perlembagaan? Sebaliknya Gerakan yang kelihatan sangat rasis apabila tidak melihat kenyataan Ahmad Ismail dalam konteks yang menyeluruh. Gerakan sengaja memetik frasa-frasa tertentu untuk memperlihatkan seluruh kenyataan itu menjurus kepada rasis. Sebenarnya ini adalah satu contoh tindakan yang rasis.

Thursday, September 4, 2008

Perak dipersoal beri sekolah Cina 400 hektar tanah


Perak dipersoal beri sekolah Cina 400 hektar tanah
Oleh Abdul Razak Din (uusan malaysia)


IPOH 31 Ogos – Langkah Kerajaan Perak menganugerahkan tanah seluas 400 hektar kepada sembilan sekolah persendirian Cina perlu diperluaskan kepada sekolah agama Islam dan pondok demi memaju dan memartabatkan agama Islam di negeri ini.


Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharuddin berkata, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin tidak harus mengetepikan kepentingan Melayu dan Islam dalam sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri.


Katanya, langkah kerajaan negeri itu tidak salah tetapi pada masa yang sama perlu berlaku adil kepada sekolah agama dan pondok.


“Oleh itu, kami mendesak Menteri Besar turut memberikan lot tanah kepada sekolah agama Islam dan pondok demi memaju dan memartabatkan agama Islam di negeri ini dan tidak hanya kepada sekolah Cina,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina hari ini bahawa Mohammad Nizar mengumumkan pemberian 400 hektar tanah kepada sembilan sekolah menengah persendirian Cina di Perak.


Menurut laporan itu, pemberian itu bagi membolehkan sekolah tersebut dapat mengusahakan tanah berkenaan dan menggunakan keuntungan yang diperoleh untuk membiayai kos pentadbiran sekolah.


Mohammad Nizar dipetik sebagai berkata, peruntukan RM30,000 setahun kepada setiap sekolah pada masa ini tidak memadai.


Oleh itu sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri memutuskan untuk memberi tanah kepada sekolah itu bagi membolehkan mereka menubuhkan sebuah syarikat untuk mengusahakan tanah tersebut.


Zainol Fadzi berkata, Pemuda UMNO menghormati keputusan kerajaan negeri memberikan tanah kepada sekolah Cina di Perak.


Tetapi, kalau boleh kerajaan negeri juga kena berlaku adil kepada sekolah agama Islam dan pondok persendirian yang turut berhadapan dengan beban kewangan.


“Kita mahu Menteri Besar dapat membuat keputusan membela orang Melayu dan bumiputera supaya nasib dan kepentingan pribumi ini tidak dikemudiankan,” katanya.

Monday, September 1, 2008

salam ramadhan

ramadhan datang lagi..
kali neh rasa bezz sket coz lop, atai n alina ada lek..
sempat la bersama-sama di pagi 1 ramadhan..
thn depan dah tambah ahli family yg baru lak..
;)