Monday, May 26, 2008

wanie's wedding

semalam wani kawin. pagi2 dia bertunang n dekat2 tengahari dia nikah. kira ok la tu coz hubby wanie neh org kuala pilah.. org nogori gitu..

majlis ok cuma hujan lebat la.. lagipun bapak x berapa sihat so kitorg lek awal.. dpt amik gmbo hantaran ngan wani jer..gambo hubby dia x sempat nk amik..

anyway.. selamat pengantin baru wani.. dah jd isteri orang dah.. ;)


selamat pengantin baru wanie..

Friday, May 16, 2008

Pelbagai tanggungjawab terpikul di atas bahu guru

UNGKAPAN ringkas tetapi penuh bermakna pernah diucapkan oleh seorang guru "Hina besi kerana karat, hina manusia kerana tidak berilmu". Ia memberi gambaran umum bahawa ilmu pengetahuan mampu memartabatkan kedudukan manusia dan menyelamatkan diri daripada lembah kehinaan, kemunduran dan kejahilan.

Siapa lagi kalau bukan guru, insan yang wajar kita hormati sehingga ke akhir hayat disebabkan jasa yang tidak mungkin dapat kita balas dengan apa jua cara sekalipun.

Bertepatan dengan tema sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah "Guru Cemerlang Negara Terbilang" begitu signifikan terhadap pengorbanan guru dalam menjayakan pendidikan yang bertaraf dunia, merentas sempadan dan masa untuk melahirkan generasi muda yang mampu berkhidmat kepada masyarakat.

Ilmu merupakan nadi penggerak kepada pencapaian unggul terhadap sesebuah bangsa dan negara daripada cengkaman kejahilan. Hanya dengan ilmu jugalah manusia tidak akan mudah terpengaruh dan terjebak dengan budaya yang tidak bermoral dan membinasakan diri sendiri.

Bayangkan di sebalik kejayaan Perdana Menteri ada guru yang pernah mendidiknya. Kejayaan seseorang jutawan juga hasil didikan gurunya. Kita juga tidak boleh menafikan usaha melahirkan saintis dan angkasawan negara tidak akan tercapai tanpa tenaga guru. Malah lahirnya tokoh-tokoh ulama turut mendapat sentuhan ilmu seorang yang bernama guru. Apatah lagi sudah tentu kita tidak dapat menghitung jumlah para pemimpin dan golongan profesional adalah manifestasi daripada jasa warga guru.

Sebagaimana hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk melahirkan lebih ramai rakyat Malaysia yang mempunyai mentaliti kelas pertama, menambah bilangan manusia yang mempunyai personaliti unggul, merealisasikan Misi Nasional, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010), Wawasan 2020 serta pelbagai tugasan yang terpikul di atas bahu guru. Tanpa semangat guru yang cemerlang pasti tidak akan terlaksana semua impian dan wawasan negara.

Oleh kerana pentingnya mendalami ilmu pengetahuan ke dalam jiwa manusia maka agama Islam sangat menitikberatkan usaha untuk mencari ilmu pengetahuan, meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang dan membentuk akhlak manusia ke arah sifat-sifat yang terpuji sepanjang masa.
JihadKonsep menuntut ilmu sepanjang hayat dianggap sebagai satu kefarduan dan salah satu jihad yang sangat tinggi ganjarannya di sisi Allah SWT. Ini dapat dibuktikan melalui sebuah hadis Rasulullah SAW daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya "Menuntut ilmu adalah satu kefarduan ke atas setiap Muslim dan Muslimat." (Riwayat Ibn Majah).

Di sebalik saranan daripada hadis di atas yang meletakkan tugas menuntut ilmu sebagai satu ibadat yang perlu dilaksanakan maka sudah pasti sangat memerlukan seorang guru yang mahir dalam dunia pendidikan.
Guru atau pendidik juga berperanan sebagai ejen membangunkan minda ummah, menjadikan kita bangsa yang dihormati dan disegani serta membentuk sebuah negara maju. Dengan komitmen dan kesungguhan yang tinggi maka cabaran untuk memikul tanggungjawab tersebut memerlukan guru yang menyanjung tinggi nilai-nilai kecemerlangan dalam dunia pendidikan masa kini.

Betapa luasnya ilmu pengetahuan yang perlu diterokai oleh manusia turut menuntut kesedaran untuk terus belajar dalam pelbagai bidang. Allah SWT memberi perumpamaan betapa hebatnya ilmu melebihi segala-galanya yang ada di bumi. Firman-Nya di dalam surah al-Kahfi ayat 109 yang bermaksud: "Katakanlah wahai Muhammad, kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan."

Sejarah Islam telah membawa satu mesej yang sangat jelas bahawa kejahilan tidak wajar dijadikan alasan untuk menggagalkan komitmen memartabatkan ummah di persada dunia. Apabila diri manusia telah dihiasi dengan keindahan akhlak Islam maka amat mudahlah untuk menumpukan sepenuh jiwa dan minda agar menjadi masyarakat yang cerdik akalnya daripada dunia kesesatan.

Betapa indahnya dunia ini jika didiami oleh mereka yang celik minda, akal dan hati kerana dapat memberi manfaat kepada orang lain. Ingatlah bahawa Allah SWT memberi amaran keras agar tidak melakukan sebarang kemudaratan atau mendatangkan kemusnahan yang hanya merugikan bangsa dan negara.

Sekadar bertanya, siapakah kita hari ini tanpa guru?

Oleh RAHISAM RAMLI
Utusan Malaysia 16 Mei 2008

Tugas guru martabatkan profesion keguruan

MASIH kental lagi tersemat di dalam kotak pemikiran penulis akan pengalaman menjadi guru sandaran di sebuah sekolah menengah beberapa tahun yang lalu terutamanya ketika menyambut sambutan Hari Guru pada tahun tersebut.

Pada ketika itu, apabila penulis bersama-sama dengan guru-guru lain membacakan ikrar sebagai pendidik dan menyanyikan lagu Guru Malaysia dalam majlis perhimpunan, terdetik di hati penulis bahawa karier perguruan ini mempunyai nilai yang unik dan tersendiri.

Teringat juga kenangan manis apabila air mata ini begitu mudah mengalir apabila ada anak murid miskin yang bersusah payah mencarikan 'hadiah' sebagai ucapan terima kasih sempena sambutan Hari Guru ini.
Hakikatnya, seorang guru tidak memerlukan anak-anak muridnya membalas jasa-jasanya. Cukuplah hanya dengan membuktikan bahawa mereka boleh menjadi insan yang cemerlang dan mampu menyumbangkan sesuatu yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Menjadi guru bukanlah tugas yang mudah, apatah lagi guru merupakan orang yang paling bertanggungjawab selepas ibu bapa dalam memberi didikan, pedoman dan bimbingan terhadap anak-anak bangsa.

Begitu jua dalam usaha membentuk modal insan yang cemerlang, kadangkala nasihat dan pujuk rayu guru tidak memadai untuk mendisiplinkan sesetengah anak murid. Lantaran itu, denda dan hukuman lebih tegas yang difikirkan wajar diaplikasikan semata-mata untuk mendisiplinkan anak-anak murid.
Namun, tidak semua pihak terutamanya ibu bapa dan anak-anak murid itu sendiri yang faham akan niat murni para guru, lantas mengambil pelbagai tindakan yang 'terburu-buru' dengan menghukum dan mengheret guru ke muka pengadilan.


Itu adalah antara cabaran yang perlu ditempuh oleh guru zaman sekarang dan guru perlu terus menguatkan azam, menunjukkan wibawa diri dalam usaha memartabatkan profesion keguruan mereka.

Sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd. Dom terdapat lima fokus yang diharapkan mampu mengekalkan kejayaan dan kegemilangan dalam karier seseorang guru.

Pertamanya, kekuatan intelek memungkinkan seseorang guru terus menjadi 'ensiklopedia bergerak' yang dijadikan sumber rujukan dalam bidang masing-masing. Bukan sahaja anak murid, bahkan masyarakat sekeliling turut mendapat kebaikannya apabila guru yang mantap nilai inteleknya ini berkongsi kepakarannya dengan pihak awam.

Kedua, nilai kepimpinan berwibawa pula perlulah diadun dengan baik berasaskan ajaran agama Islam yang syumul dan apa yang digariskan dalam konteks moral. Seorang guru sememangnya akan menjadi role-model kepada anak-anak muridnya. Jika betul dan sempurna kaedah kepimpinannya, maka betul jualah sifat dan sikap anak-anak murid. Jika salah memimpin, pastilah anak-anak murid yang menerima implikasi negatif dan mewarisi kesilapan gurunya.

Ketiga, kemurnian akhlak seseorang guru itu turut menjadi ikutan dan panduan buat anak-anak murid. Sopan santun, lembut tutur kata, berdisiplin, bermentaliti kelas pertama dan memiliki towering personality ibarat pakaian yang perlu dipakai 24 jam seminggu oleh guru-guru kerana banyak mata yang melihat keperibadian mereka.

Keempat, dalam era modenisasi dan dihambat arus globalisasi ini, sememangnya guru perlu mempunyai kesediaan untuk berubah. Penggunaan teknologi pengajaran terkini di sekolah dan pengenalan dasar dan polisi pendidikan yang baru adalah contoh perubahan yang tidak dapat tidak, perlu dihadapi dan ditangani oleh guru.

Kelima, minat dan cinta terhadap profesion keguruan akan mendorong ke arah kesempurnaan kerjaya seseorang guru. Bapa penulis yang juga seorang guru pernah menyebut "sebenar-benar guru adalah guru yang menanam niat menjadi guru, dan bukan kerja sebagai guru."

Ujarnya lagi, "Menjadi cikgu pula ibarat meletakkan 'roh' guru dalam diri yang berperanan mendidik, membimbing dan meneladani sesiapa sahaja, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja."

Nyatanya, selagi hayat dikandung badan, kita semua pasti tidak dapat melupakan akan budi dan jasa guru-guru kita.

Oleh KHAIRUNNEEZAM MOHD. NOOR
Utusan Malaysia 16 Mei 2008

SELAMAT HARI GURU

16 MEI... every year ckgu2 menyambut hari guru.
so.. to all teachers.. selamat hari guru.. and to me as well. heh..heh..

Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru di mana jua anda berada. Jika hanya tinggal batu nisanmu wahai guru, bacaan Fatihah kami kirimkan.
Al-Fatihah.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis, baca.

(Dipetik dari sajak Guru Oh Guru karya Allahyarham Usman Awang)

Tuesday, May 13, 2008

comot dpt anak

sempena hari ibu 11 mei 2008, comot dapat 3 ekor anak yang baru..
setakat hari ni nama anak comot belum difikirkan lagi. nanti ada masa baru nak tepek gambo comot wif her new kittens..

Friday, May 9, 2008

cili oh cili

sepohon pokok cili

Semalam pas gi sekolah utk comp club, lek umah ajak bapak jap gi kebun cili maknyah. wow.. bezz betul. dlu masa datang tanah n rumput2 ajer.. skrg dah jadi kebun. x sangka tu..cepat betul anak benih dah jd pokok.


kebun cili

actually, cili dr kebun maknyah neh x berapa pedas sgt. tu sebab siap dtg kebun g nk bli cili. ada ka patut cili sekilo 5 hengget jer.. punyalah byk. dahtu coz dah dtg bli sndri kat kebun, dptlak diskaun jd 4 hengget. dapat free lak lagi cili hijau yang reject dr jualan lain. heran teman..cili hijau tu punyalah cun..camner jd reject.


tp yg x bez nya lama tul pekerja nya nk gi mengutip cili tuh. adala dlm 15 minit tp mujurlah sekilo cili tu punyalah byk..patut pun lama nk petik. yg bez nya cilinya cun segar dr kebun..! dapatla teman bersedekah kat jiran2.


malu jap teman coz masa amik gambo tu ader lak pekerja sorang lg dok gelak2 tgk teman snap gambo kebun. heran tul dia..

Thursday, May 1, 2008

Amalan pahala yang tak nampak

Sedekah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir!
Pahala yg kita tak nampak, tapi berterusan.

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.

2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.

3. Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.

4. Bantu mendidik seorang anak.

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.

6. Berkongsi CD Quran atau Do'a.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.

10. Hantarkan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

Food Values

HEAD ACHE…?

Eat plenty of fish -- fish oil helps prevent headaches. So does ginger, which reduces inflammation and pain.

HEAVY FEVER ….?

Eat lots of yogurt before pollen season.

Also-eat honey from your area (local region) daily.

TO PREVENT STROKE….. ?

DRINK TEA! Prevent build-up of fatty deposits on artery walls with regular doses of tea.

(Actually, tea suppresses my appetite and keeps the pounds from invading....Green tea is great for our immune system)!

INSOMNIA.. (CAN'T SLEEP…?)

Use honey as a tranquilizer and sedative.

ASTHMA……. ?

Eating onions helps ease constriction of bronchial tubes. (When I was young, My mother would make onion packs to place on our chest, helped the respiratory ailments and actually made us breathe better).

ARTHRITIS… ?

Eat fish! Salmon, tuna, mackerel and sardines actually prevent arthritis. (Fish has omega oils, good for our immune system)

UPSET STOMACH… ?

Bananas will settle an upset stomach.

Ginger will cure morning sickness and nausea.

BLADDER INFECTION…. ?

DRINK CRANBERRY JUICE!!!! High-acid cranberry juice controls harmful bacteria.

BONE PROBLEMS…?

Eat PINEAPPLE!!!

Bone fractures and osteoporosis can be prevented by the manganese in pineapple.

MEMORY PROBLEMS…?

Eat OYSTERS! Oysters help improve your mental functioning by supplying much-needed zinc.

COLD …?

Eat GARLIC! Clear up that stuffy head with garlic. (Remember, garlic lowers cholesterol, too .)

COUGHING….?

USE RED PEPPERS!! A substance similar to that found in the cough syrups is found in hot red pepper . Use red (cayenne) pepper with caution-it can irritate your tummy.

BREAST CANCER….. ?

Eat Wheat, bran and cabbage, helps to maintain estrogen at healthy levels.

LUNG CANCER….. ?

Eat DARK GREEN VEGGIES AND ORANGE !!! A good antidote is beta carotene, a form of Vitamin A found in dark green and orange vegetables.

ULCERS….?

Cabbage contains chemicals that help heal both gastric and duodenal ulcers.

DIARRHEA…..?

Eat APPLES! Grate an apple with its skin, let it turn brown and eat it to cure this condition . (Bananas are good for this ailment)

CLOGGED ARTERIES….?

Eat AVOCADO! Mono unsaturated fat in avocados lowers cholesterol.

HIGH BLOOD PRESSURE….?

Eat CELERY AND OLIVE OIL!!! Celery contains a chemical that lowers pressure too. Olive oil has been shown to lower blood pressure.

BLOOD SUGAR IMBALANCE……?

Eat BROCCOLI AND PEANUTS!!! The chromium in broccoli and peanuts helps regulate insulin and blood sugar.