Saturday, December 13, 2008

Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu

Dalam dakapan senja
Kurenungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan
Dikau pergi

Dingin hembusan bayu
Lemah longlai langkah kakimu
Lambaianmu kian jauh
Dari mata

Malangnya...
Bencana menimpa
Kau telah pergi untuk selamanya
Tak kembali

Pada saat terakhir
Kumelihat paras wajahmu
Kau bisikkan hanya sayang
Kepadaku...

Friday, December 5, 2008

Bila Rindu


Bila rindu - ruffedge
Dikeheningan malam
Termenung ku berseorang
Tak lena mata dipejam
Terdengar suara terngiang
Suara merdu yg disayang
Bagai kau didepan mata
Ku capai tapi tak kena
Sukarnya memendam rasa
Ingin ku luahkan kata
Bila rindu
Terkenang mu sayang terasa sayu
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam
Jauh terbang diri ku melayang
Aku rindu
Sentuhan mu ku rasa sayu
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini
Bawa ku dalam pelangi
Melepasi batas diri ini.
Jauh angan ku lena
Kurasa kita bersama
Kau bawa daku kesana
Ke alam kisah yang lama
Kenangan didalam jiwa
Bila terjaga semula
Disisiku kau tiada
Sukarnya ku pendam rasa
Inginku luahkan semua

Sesungguhnya kita mestilah
Wujudkan sefahaman dan hormat menghormati
Ikhlas kasih sabar
InsyAllah kita akan
Bertemu semula

Aura yang memecah semesta
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian
Kesepian menyelubungi hari-hariku
Disajikan dalam doa-doa rindu
Yang menanti kau datang dan pergi
Seperti mimpi-mimpiku fantasiku
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran
Disisi cuping di setiap corong
Lorong yang lohong
Benar ku tak bohong
Bila hati menyanyi

Selamat Pengantin Baru Lop

Pada 22 nov 08 yg lalu, lop sudahpun bergelar suami kpd kakak iparku iaitu pn norhafizah bt sidek. Esoknya,majlis sanding diadakan. So, skrg aku dah ada kakak la.hehe..












Wednesday, November 19, 2008

menjemput tetamu

Tahukah anda bahawa menjemput tetamu utk ke kenduri kahwin adalah suatu perkara yang memenatkan?? tambahan pula jika hampir semua penduduk kampung adalah berkait saudara.. dan bukan dalam kampung yang sama sahaja.. tuan rumah perlu jugek menjemput mereka yang tidak tinggal sekampung tp masih dalam satu area or kawasan or bandar or negeri or negara yang sama.. belum lagi menjemput melalui pos, telefon, email.. bla..bla..bla.. itu baru saudara mara..belum lagi sahabat handai kepada pengantin itu sendiri.. dan yang paling penting ialah sahabat handai kepada ibu bapa si pengantin..ahah..

dua tiga hari neh teman busy menjemput sedara mara bapak..sedara mara mak melalui telefon ajer byk ..diorg ramai dok jauh..actually menjemput tetamu neh dahpun bermula masa time raya lagi..kan masa tu ramai org dtg beraya..tetamu yg dijemput bukan calang-calang kerana hampir seluruh penduduk kampung kepayang dan serdang permai serta sebahagian penduduk dari sungai ular, sindu, pengkalan baru, batu gajah,jeram,simpang pulai dan area2 yang sewaktu dengannya dijemput.. dan mereka ini adalah sedara mara..hahaha.. sedara sampai sedara tang mana..
walaupun penat, tp teman rasa seronok.. tau pasal apa?? pasalnya,selain berkenalan dengan sedara mara yang dok dekat tp lama x jumpa dan meliha reaksi mereka yang mesra dengan loghat perak yang pekat.. teman jugak dapat pengalaman baru dan jumpa pelbagai perkara menarik..
antara yang menarik ialah hampir setiap rumah yg kami pergi jemput beria-ria (ye ker..?!) ajak masuk ke rumah minum teh..(kopi pun ada kot..) tp disebabkan byk lg rumah nk gi jemput, maka hajat tuan rumah x dapatlah ditunaikan..
ada pulak tuan rumah yg siap bekalkan buah tgn sebelum kami beredar ke rumah lain pulak.. yalah..bukan selalu kami nk dtg pun.. tp pas dapat buah tgn sayuran kampung neh..for sure la kami akan rajin datang berziarah ke rumah makcik neh..hik..hik..

jantung pisang, pisang muda, bunga kantan and dalam daun pisang tu ada daun salang sebagai buah tangan yang free lagi bezz..
kitorg having lunch kat kedai makan mak kak ina.. kedai yg on d way ke cameron highlands.. kebetulan atai parking kereta bawah pokok saga.. ingat lagi biji buah saga?? teman masa kecik guna biji saga as bahan bantu belajar untuk mengira..skrg pakai calculator.. ;)

biji buah saga yang jatuh ke tanah

leh nampak x biji saga yang masih kat pokok neh??
selain itu, masa gi ajak tauke taucu opah yang terkenal kat ipoh neh..(terkenal ker..??!), kitorg tertarik dengan kuda-kuda peliharaan orang kaya azman..yg sebelah kilang taucu.. ada bangsal kuda dalam kampung teman neh rupanya..hehehe.. dah 2 tahun lek smjg pun x tau..

bangsal kuda kg serdang permai

antara kuda yang makan rumput sampai ke kilang taucu

selain itu, masa menjemput pakcik sugiman di rumahnya, teman dapat snap gambo kucen dia.. tau apa yg menarik?? kucen ini elah diwarnakan dengan dye rambu kaler purple sempena aidilfitri yg lalu.. and pada hari ini, warna yg masih kekal di bulu kucen neh kaler merah pink.. masa raya hr tuh, bpk bgtau kaler kucen cantik.. skrg tompok2 jer..

kucen purple yg dah jd pink..



kucen berbulu pink..atai turut entreframe

di jeram masa lek dr mengajak pak din pulak, kami jumpa makanan org gopeng.. iaitu kelamai.. tuan2 tau apa itu kelamai?? meh sini teman cerita..


selamat datang untuk membeli kelamai
kelamai ialah sejenis makanan hari raya org rawa (mengikut kata mak).. ia berbentuk seperti lemang dan dimasak dalam buluh juga seperti lemang.. cuma lemang dalamnya ada pulut dan santan tetapi dalam kelamai ada tepung dan gula merah.. kaedah mengopek kelamai ini x sama cam lemang yang buluh itu dibelah panjang.. buluh kelamai hanya di belah sedikit demi sedikit mengikut part demi part dan dikoyak (sila rujuk gambo).. so baki kelamai yg belum dimakan masih disimpan dalam buluh..rasanya manis coz kandungan gula merah td.. selalunya menjadi hidangan raya seperi lemang tp sekarang bukan hari raya pun leh dapat kelamai neh..

kelamai yang sedia untuk dijual


makyang sedia nak belah kelamai

kaedah belah buluh kelamai

kelamai yang sedia untuk dihidang

byk lg yang menarik.. tp ini jer la dlu.. ada masa teman stori benda lain lak.. excited giler teman nak berkenduri kawin abang teman neh..

Monday, November 3, 2008

Kedai Vanggey


Smlm 1st time teman,mak n bpk g mkn kt kdai vanggei baru kt greentown. Makanan tetap rasa yg sama mcm tmpat lama yg kcik lg usang tu. Dgn menu yg makin byk n ada 2 section iaitu dlm kdai..ada aircond kot n satu section lg kt halaman kdai yg open air. Teman sebenonya heran dgn kdai neh. Rasa cam kdai mamak biasa je tp apsal la bpk teman gemar beno mkn kt sini. Lop,atai n most org iph neh mmg ske je kdai neh. Teman biasa2 je.. Ske pun x.. X ske pun x.. If org ajak g kdai neh teman ikut je.tp if ajak g kdai cheng ho yg dpn sket dr kdai neh,teman lg ske kot. He..he.. Tp kdai vanggei neh..since dah tau kdai ko ni dsukai ramai,tlg la jaga kbersihan toilet.kdai cantik dah.servis pun bgus. Tp toiletnya.. Allah saje yg tau..bebawak la rajin cuci ya.. N for those non iph yg dtg iph, don forget to come to this kdai vanggei. Nice food, nice place, nice service wif not nice toilet.
p/s: dis entry posted from my hp.

Sunday, October 26, 2008

Taman botani

adilah, izan n me depan tasik..


the fish

the visitors..
Teman n kwn2 ckg kt sek g umah izan utk braya.pas mkn2,smpat lak kitorg jln2 kt kolam kt tmn botani. Smpat gak bg ikan mkn. Bez lak rasanya g tmn rekreasi neh skali skala.tenang fikiran n dmai perasaan.. Ewah..

Thursday, October 23, 2008

new entry


teman penin.. buzy..
sebenonya.. teman byk jer tupik nk cerita.. tp since teman agak kemalasan, crita2 teman cuma terpahat di hati dan di otak..
cerita raya la.. cerita ckg kena buli la.. mcm2 la..
ble teman nk update blog teman neh ya??

Friday, October 17, 2008

what gender is your brain???




Your Brain is 87% Female, 13% Male



You have the brain of a girly girl

Which isn't a bad thing at all

You're emphatetic, caring, and in tune with emotions.

You're a good friend and give great advice.

Friday, October 3, 2008

Are you a MALAYSIAN 80's baby?!

Signs to show that you are an 80-sbaby:

we grew up watching Transformers,Thundercats, Woody Woodpecker,Chipmunks, Mickey Mouse, Jem, Mask,Ninja Turtles, Voltron, Baja Hitam,Ultraman n not forgettin POWER RANGERS n BUGS BUNNY!!!

had to brush our teeths during recess at primary school? had to hold plastic cups, line up with your classmates side by side and start brushing our teethsat some open area... or maybe near some drain??

do you still remember that we had 'dentist' rooms where we had to have our teeths check?

not to forget our 'program minum susu' in primary school.. everybody is suppose to buy like cartons of milk that costed 30 cents each.. and you woulds see everyone drinking it everyday...its dUHT milk...

the teachers who would want to punish us must use yellow rulers to hit us on our palms?? 1 metre length..

that a bowl of mihun soup or some soup only costed 50 cents at the school canteen...

went to some sundry shop near the school or to the 'roti' man waiting outside our schools so that we can buy junk food like chickedees, mamee, dingdang with some toys in it, 'Ti Kam',ice-cream and we would play games like monopoly, uno, old maid, and all othercard games like that...

another fun time would be during Pendidikan Jasmani. the boys would play football while the girls would play netball... and it would be like we were playing in the world cup...

but of course. the best would be main guli, batu seremban, bottle caps, ice-cream sticks, 'Pepsi Cola one-two-three', Cops and Robbers, main aci duduk,getah... and for the not so active, those kind of 'book games' where we would use buku latihan to draw and ask our friends to play... and also dot(titik) where its like conquering the other party's dots? we use brains toorite :D

do you remember the popsicles (ice-cream tubes) which are actually ice and colouring that are sold for 10 to 20 cents.. the colourful ones.. where you usually bite off the top to glup it down.orange tastes b best..

what about days when we felt like doing naughty things such as folding papers so small to make 'lastik' and shooteach other... how about throwing chalks??

back then, micheal jackson was just turning white.. and still had album scoming out.. compared to CD's, we were listening to casette tapes that sold for RM9.90...

in computer class, we were still using black and white computer moniters..played 'Atari'... maybe SEGA or NINTENDO...

well, are we all getting older or what?

1) if you understand what you have read and you are smiling...

2) we have friends from school that are already married...

3) we shake our heads everytime we see high school students fussing abouttheir handphones in school..

4) we don't hang on phone with ourfriends for hours a day talking aboutnothing...

5) when we meet back with our friends from time to time, we feel excited and happy talking about old times, the funny 'adventures' or stories that we experienced as a kid..

6) last but not least, that when you read this, you would think of all the happy & sad memories that you have experienced when you were still a kid and would think of forwarding this to your old friends that you have known since forever... i'm sure they would have a huge smile on their face after reading this.....we're all getting old ;P

Wednesday, October 1, 2008

pantun raya

teman jumpa this pantun dalam cariforum tadi..
menarik la pantunnya..

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Pantun raya ikut negeri yang dah beberapa tahun popular... ntah siapa la penciptanya

Saturday, September 27, 2008

AIDILFITRI

Salam Aidilfiri buat semua.. teman teringat masa teman kecik-kecik dulu, raja ema and jamal abdillah ada nyanyi satu lagu raya dalam iklan eon.. teman ingat lagi lirik lagu tu..

Hari Raya hari yang mulia
penuh bererti kepada kita
Tua muda miskin dan kaya
Menyambutnya dengan gembira

Berhati-hati di jalan raya
Semoga anda selamat tiba
Kunjungi teman sanak sanudara
Bersama gembira di hari raya

Salah dan silap kiranya ada
Bermaaf-maafan sesama kita
Ucapan selamat hari raya
Dari farah untuk semua...


Wednesday, September 24, 2008

the meaning of your birthday..

untuk dikongsi bersama..
notes neh teman amik dr facebook teman..
macam ada yg betul tp x sume la..
September 24, 1980
Lucky Color: Amber
Personality Strengths: Compassion, Humor
Personality Weakness(es): Impatience
Successful Career Path: Fashion
Sense of Humor Style: Quick-witted
Adjectives to Describe You: enterprising, strong
Also born on September 24: Meet them now
Description:
Mature and understanding - you are the wise person of the group. Cautiously optimistic by nature, you have a better and more balanced perspective on things are you as compared to the people you associate with - everyone turns to you for advice, as they should!

Monday, September 22, 2008

sekolah tingkatan berapa??

pg neh teman rasa bezz sgt.. seawal kul 7.30 pgi teman dah sampai kat kedai barang borong sebelah tempat bapak dialysis. then kat kedai tu jumpa kawan bpk yg dialysis sama dia. sambil bli beras, makcik tu tanya kat bpk anak sekolah tingkatan berapa?? hehehehhh.. syoknya teman dengo.. tp xkan nk tipu makcik tu pulak kan.. teman pun dgn ramah mesra bgtau yg teman neh mengajar dah kat sek cina jln kampar tu..sambil teman tunjuk kat sek teman yg x jauh dr kedai tu.. then makcik u reply..makcik ingat sekolah lagi..badan kecik..!

heheh.. sekrg baru teman rasa yg mempunyai badan yg kecik neh byk jugak kelebihannya.. salah satu ialah kita nmpk muda, rasa muda dan jadi muda.. (perasan muda)..hehehe..

Wednesday, September 10, 2008

kegunaan hp di kelas

minggu lepas start posa. so, sekolah teman cut 5 minit each subject so that kitorg leh lek awal bulan posa neh.. tak la awal mana pun.. kul 5.45 ptg dari waktu biasa yang 6.30 ptg tuh..

jadi.. student pun rehat awal kul 3.25.. waktu selepas rehat ialah kul 3.45.. tapi coz diorg (student 1e) neh dok main apa tah sampai lupa nak masuk kelas.. lagipun loceng x bunyi ikut waktu bulan posa.. dia dok bunyi ikut jadual biasa.. diorg masuk kelas lewat.

actually at that time, dah 5 minit teman dlm kelas tu.. but these students belik kelas melenggang-lenggang.. siap bgtau baru lek dr toilet la..dr library la.. apa la.. teman mengamuk la kejap. pastu teman suh budak2 lewat neh berdiri luar kelas and ketuk ketampi 3 kali.. tp diorg sume dok wat degil x nak ketuk ketampi.. so..teman biar diorg berdiri tepi pintu but masih leh nmpk la apa yg teman ajar.. pasu teman bagi la demerit.. itu ajer jawapannya bagi bebudak degil neh..

then on jumaat las week, teman ada lg kelas dgn 1E neh lepas rehat. but this time, all the students dah ada dalam kelas siap-siap. sudeenly teman ternampak mesej kat papan hitam yang dalam tulisan cina except my name yg ditulis rumi.. teman suspect kot2 dirg neh dok ngata teman sambil conteng papan tulis tu tp since ada tulis nama subject maths, teman rasa maybe something about math la yg diorg cakap. teman tanya kat kelas apa benda yang diorg tulis tu.. tapi bebudak tu leh kata x au apa benda yang ditulis tu.. hangat hati jap teman.. teman tanya kat monitor lak. monitor tu kata diorg pesan pelajar 1E supaya masuk kelas awal pas rehat waktu kelas mah cik farah. tp since bebudak tu dok ketawa2 jer.. teman pun kuarkan hp canggih teman n snap gambo tulisan tu.. haha... masa tu sume bebudak cam caya x caya jer teman amik gambo mesej kat papan tulis tu.

keh..keh..keh.. teman pun x sangka teman leh lak nk amik gambo dalam kelas.. tapi itulah kenyataanya! balik staff room, teman tanya ckgu bhs cina apa benda yg diorg tulis kat papan hitam tu n jawapan ckg tu sama ngan monitor tu cakap.. tp kalau la benda lain yg diorg tulis, sure teman ada bukti... so teman rasa bagus gak ada kamera kat hp neh.. mcm2 perkara leh digunakan..

Monday, September 8, 2008

Siapa sebenarnya yang rasis?

(dari utusan - 7 sept 08 oleh ku seman)
Siapa sebenarnya yang rasis?

"Rasis" dan "perkauman" telah lama menjadi istilah yang mengikat orang-orang Melayu daripada bercakap tentang kepentingan Melayu. Dua istilah ini sekaligus menjadi fobia kepada orang Melayu, mereka bimbang kalau apa yang dikatakan terjebak dalam erti rasis atau perkauman. Kalau ini berlaku, fikir mereka, sudah tentu akan menyinggung perasaan kaum lain yang datang kemudian tetapi diterima menjadi rakyat negara ini. Bagaimanapun dari sudut lain, fobia dilabel dua istilah ini pula membuka laluan kepada kaum lain bertindak sebaliknya kepada orang Melayu.

Sebenarnya kedua-dua istilah ini tidak ada dalam perbendaharaan kata adat dan berbudaya orang Melayu. Orang Melayu tidak diajar untuk berlaku rasis kepada kaum lain, biar pun kaum yang datang kemudian itu membawa maksud pendatang. Dalam budaya dan tradisi Melayu, tetamu tetap dirai, silap dan lantangnya pula terpaksa ditelan dengan senyum dan bermanis muka. Inilah orang Melayu. Sejak turun temurun mereka diasuh mendahulukan yang datang seperti kata bidalan, orang asing yang singgah kekenyangan, anak di rumah mati kelaparan. Dalam konteks politik, orang Melayu berpesan kepada diri sendiri supaya memegang etika sebagai tuan rumah. Tetapi pada masa yang sama, sesetengah pihak dalam kalangan kaum yang datang ke negara ini tidak membawa budaya pendatang yakni menjaga hati tuan rumah.

Tetapi apalah gunanya menjadi tuan rumah kalau terlalu kerap disuruh beralah dengan gelagat orang asing yang datang ke rumah mereka? Sebenarnya orang Melayu di negara ini sudah lama dimangsai oleh dua istilah di atas yang dilabelkan dengan sewenang-wenangnya kepada kepada orang Melayu yang menyuarakan tentang hak mereka. Ketidakadilan menggunakan label ini sangat jelas apabila rasis tidak dirujuk kepada kaum lain, melainkan orang Melayu. Persoalannya benarkah orang Melayu rasis ketika ada kaum lain yang berarak dan membuat keganasan di jalan-jalan raya mempertikaikan hak orang-orang Melayu?

Isu Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Pulau Pinang, Datuk Ahmad Ismail yang menganggap orang Cina sebagai "pendatang" memberi peluang terbaru untuk melabelkan orang Melayu sebagai rasis. Ahmad Ismail "diserang" bertalu-talu oleh parti Gerakan, sebuah parti yang duduk bersama UMNO dalam Barisan Nasional (BN). Gerakan yakni orang Cina menuntut Ahmad Ismail meminta maaf kerana menganggap orang Cina sebagai pendatang. Gerakan melabelkan Ahmad Ismail sebagai rasis dan kecinaan Gerakan pun semakin terserlah apabila mahu mengkaji semula kedudukan parti itu dalam BN. Label rasis begitu mudah digunakan untuk merujuk tindak tanduk orang Melayu yang menyebut asal usul orang Cina di negara ini. Padahal dalam konteks sejarah apa yang disebut oleh Ahmad Ismail itu memang tertulis kebenarannya.

Dalam sebuah kampung yang dihuni oleh orang Melayu bukanlah suatu fenomena yang luar biasa kalau ada sebuah kedai runcit Cina yang begitu maju perniagaannya. Siapakah yang memajukan perniagaan kedai runcit ini kalau bukan semua orang Melayu di kampung berkenaan? Kalau benar orang Melayu mengamalkan racisme, percayalah tidak ada kedai India atau Cina di kampung-kampung Melayu. Orang Melayu tidak ada masalah untuk berurusan jual beli di kedai milik Cina dan sikap ini bukan dibuat-buat sebaliknya memang menjadi amalan sejak dulu lagi.

Sikap terbuka di pekan atau bandar-bandar pula, sebahagian besar kedai dimiliki oleh orang Cina dan segelintir saja dimiliki orang Melayu. Orang Cina tidak pergi ke kedai orang Melayu seperti orang Melayu berduyun-duyun ke kedai Cina. Malah sikap terbuka orang Melayu ini juga banyak membunuh perniagaan orang Melayu di pekan dan bandar-bandar besar apabila orang Melayu pilih kedai Cina dan orang Cina pilih kedai kaumnya. Itu pun orang Melayu tetap dianggap kaum yang mengamalkan racisme terhadap kaum lain.

Nampaknya orang Melayu tidak boleh lagi berterusan mengambil langkah yang apologetik semata-mata untuk mengambil hati kaum-kaum lain di negara ini. Apa saja yang menyentuh kepentingan orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini dan yang terkandung dalam Perlembagaan perlu terus diperjuangkan. Orang Melayu perlu mempunyai keberanian untuk menangkis pihak lain yang menggunakan istilah rasis dan perkauman untuk menutup hujah mengenai orang Melayu. Malah orang Melayu perlu menyerlahkan keberanian untuk tidak menjadikan Perlembagaan sebagai kitab usang. Caranya ialah dengan tidak membiarkan pihak lain dengan mudah memanipulasikan sentimen yang menjuruskan kepada rasis sesuatu kaum.Isu Ketua UMNO Bukit Bendera ini perlu dijadikan titik penting untuk orang Melayu bangun menangkis sikap honar sesetengah pihak yang membakar api kaum di negara ini.
Tentu banyak yang masih ingat kenyataan seorang anggota Gerakan ketika Hindraf melancarkan demonstrasi besar-besaran di jalan-jalan utama di Kuala Lumpur dulu. Katanya, memang benar dasar UMNO menjadikan orang India di negara ini hidup terpinggir. UMNO itu Melayu dan menuduh dasar UMNO dengan sendirinya mengaitkan kononnya amalan rasis dilakukan oleh orang Melayu ke atas orang India di negara ini. Malangnya UMNO tidak agresif seperti yang dilakukan Gerakan dalam isu Ahmad Ismail. Ini satu kegagalan UMNO menangani isu yang dijuruskan kepada rasis. Tolong tanya kepada Gerakan, apakah tindakan yang diambil ke atas anggota Gerakan berkenaan yang bukan saja bertentangan dengan amalan Barisan Nasional tetapi lebih bahaya lagi menyalakan api rasis antara Melayu dengan India.

Adakah orang Melayu masih dianggap rasis selepas orang India dalam Gerakan menuduh dasar sebuah parti Melayu mengamalkan racisme hingga mereka terpinggir daripada pembangunan? Orang Melayu mesti membetulkan tanggapan begini supaya sejarah tidak terus ditipu kononnya Melayu itu rasis. Dalam masa yang sama adakah Hindraf yang dengan terang terang berkata mereka memusuhi UMNO itu bukan rasis dan orang Melayu masih boleh duduk diam tanpa berbuat apa-apa? Memusuhi UMNO adalah memusuhi Melayu kerana UMNO itu parti Melayu sekali pun tidak semua Melayu berada dalam UMNO. Adakah satu kaum mengakui secara terbuka memusuhi kaum lain masih tidak dianggap rasis?

MIC sebuah parti komponen Barisan Nasional. MIC dianggotai oleh orang India. Hindraf sebuah pergerakan haram juga dianggotai oleh orang India. Tetapi apabila ada beberapa orang kuat Hindraf ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), MIC dan Hindraf mendesak kerajaan membebaskan kaum mereka yang ditahan dalam ISA. Tahanan ISA bukan saja terdiri daripada orang India. Orang Melayu lebih banyak ditahan di bawah ISA. Tetapi orang Melayu tidak pula mendesak kerajaan membebaskan tahanan Melayu di bawah ISA atau menganjurkan "parti hari jadi" anak tahanan ISA di lobi bangunan Parlimen. Tindakan memperjuangkan nasib orang India saja yang ditahan di bawah ISA adalah menjurus kepada racisme, yakni memperjuangkan kepentingan satu kaum saja. Tetapi orang Melayu masih "berbudi bahasa" dan tidak melabelkan tindakan MIC dan Hindraf itu sebagai rasis.

ToleransiDi Selangor pula misalnya terdapat 700,000 orang beragama Hindu tetapi mereka mempunyai lebih 1,000 buah kuil. Padahal orang Islam di Selangor berjumlah empat juta orang tetapi hanya mempunyai 380 buah masjid. Sekiranya orang Melayu rasis, sudah tentu di Selangor tidak akan ada 700 kuil kalau melihat nisbah dengan jumlah masjid dan orang Islam. Semua ini berjalan lancar kerana toleransi orang Melayu yang faham peri pentingnya agama lain kepada kaum lain.

Kaum lain tidak perlu sengaja membuat andaian salah terhadap orang Melayu, kononnya Melayu kaum yang rasis dan penindas kepada kaum lain. Buktinya, dalam sejarah dan ketamadunan Melayu tidak mencatatkan Melayu sebagai penakluk. Lihatlah mana-mana catatan sejarah sekali pun, adakah mencatatkan bahawa orang Melayu menjadi penakluk seperti bangsa-bangsa lain di dunia? Kalau dilihat di luar konteks negara, dunia Melayu bukanlah sempit dan tidak berpengaruh. Tetapi memilik pengaruh besar tidak pernah menjadikan Melayu sebagai bangsa penakluk seperti sekian banyak penjajah yang menjajah negara ini. Jadi, orang Cina dan India perlu mengakui bahawa label rasis yang diberikan kepada orang Melayu sebenarnya membongkar sikap rasis mereka sendiri.

Toleransi orang Melayu sebenarnya hingga ke peringkat memakan diri. Semua ini tentunya dilakukan demi keamanan dan kestabilan politik di negara yang dihuni oleh pelbagai kaum ini. Apa lagi yang perlu orang Melayu korbankan supaya tidak dianggap rasis oleh orang bukan Melayu? Hinggakan menghunus keris yang menjadi salah satu daripada resam budaya Melayu tidak boleh dilakukan kerana orang Cina mentafsirkan keris itu melambangkan keganasan. Dalam budaya Melayu menghunus keris tidak ada kena mengena dengan mengamuk atau rasis terhadap kaum lain. Maka berkorbanlah orang Melayu memohon maaf kerana menghunus keris. Sebenarnya cerita tentang keris ini sangat sukar dipercayai tetapi begitulah realitinya yang terpaksa dihadapi oleh orang Melayu bagi menjaga keharmonian hidup di negara ini.

Kaum lain kena ingat, orang Melayu adalah manusia biasa yang mempunyai tahap kesabaran yang sama dengan orang lain. Sekiranya terlalu banyak provokasi yang melabelkan Melayu seolah-olah kaum yang rasis, sudah tentu suatu perasaan yang tidak baik wujud di antara pelbagai kaum di negara ini. Orang Melayu sebenarnya sangat terbuka. Lihatlah apabila ada anak muda Melayu yang membakar bendera Jalur Gemilang dalam kejadian di Batu Buruk, Terengganu, anak-anak muda itu menerima hukuman dan orang Melayu menerima dengan hati terbuka. Tetapi hati mereka remuk apabila seorang remaja Cina yang berada di luar negara menghina lagu Negaraku dengan mengubah lirik yang membawa maksud buruk tidak dikenakan apa-apa tindakan. Anak muda Melayu membakar Jalur Gemilang hanya disaksikan segelintir penduduk di Batu Buruk, tetapi lirik lagu Negaraku yang diubah dapat diakses di seluruh dunia menerusi Internet. MCA dan Gerakan juga mengkritik tindakan yang paling tidak patriotik itu tetapi nadanya sangat lembut dan akhirnya isu itu selesai tanpa penyudah.

Maka kepada isu Ahmad Ismail di Bukit Bendera, ketegasan untuk tidak memohon maaf perlu dihormati serta difahami oleh Gerakan. Hanya baru sekali ini orang Melayu bertegas, selepas banyak kali orang Melayu mengorbankan perasaan mereka untuk menjaga hati kaum lain. Kenyataan bahawa kedudukan kaum lain tidak sama dengan bumiputera di negara ini bukanlah luar biasa. Malah dalam Perlembagaan juga ada peruntukkan tertentu yang tidak diberikan kepada kaum lain. Mempertikaikan kenyataan Ahmad Ismail sama dengan mempertikaikan Perlembagaan. Adakah Gerakan cukup besar untuk mempertikaikan Perlembagaan? Sebaliknya Gerakan yang kelihatan sangat rasis apabila tidak melihat kenyataan Ahmad Ismail dalam konteks yang menyeluruh. Gerakan sengaja memetik frasa-frasa tertentu untuk memperlihatkan seluruh kenyataan itu menjurus kepada rasis. Sebenarnya ini adalah satu contoh tindakan yang rasis.

Thursday, September 4, 2008

Perak dipersoal beri sekolah Cina 400 hektar tanah


Perak dipersoal beri sekolah Cina 400 hektar tanah
Oleh Abdul Razak Din (uusan malaysia)


IPOH 31 Ogos – Langkah Kerajaan Perak menganugerahkan tanah seluas 400 hektar kepada sembilan sekolah persendirian Cina perlu diperluaskan kepada sekolah agama Islam dan pondok demi memaju dan memartabatkan agama Islam di negeri ini.


Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharuddin berkata, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin tidak harus mengetepikan kepentingan Melayu dan Islam dalam sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri.


Katanya, langkah kerajaan negeri itu tidak salah tetapi pada masa yang sama perlu berlaku adil kepada sekolah agama dan pondok.


“Oleh itu, kami mendesak Menteri Besar turut memberikan lot tanah kepada sekolah agama Islam dan pondok demi memaju dan memartabatkan agama Islam di negeri ini dan tidak hanya kepada sekolah Cina,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina hari ini bahawa Mohammad Nizar mengumumkan pemberian 400 hektar tanah kepada sembilan sekolah menengah persendirian Cina di Perak.


Menurut laporan itu, pemberian itu bagi membolehkan sekolah tersebut dapat mengusahakan tanah berkenaan dan menggunakan keuntungan yang diperoleh untuk membiayai kos pentadbiran sekolah.


Mohammad Nizar dipetik sebagai berkata, peruntukan RM30,000 setahun kepada setiap sekolah pada masa ini tidak memadai.


Oleh itu sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri memutuskan untuk memberi tanah kepada sekolah itu bagi membolehkan mereka menubuhkan sebuah syarikat untuk mengusahakan tanah tersebut.


Zainol Fadzi berkata, Pemuda UMNO menghormati keputusan kerajaan negeri memberikan tanah kepada sekolah Cina di Perak.


Tetapi, kalau boleh kerajaan negeri juga kena berlaku adil kepada sekolah agama Islam dan pondok persendirian yang turut berhadapan dengan beban kewangan.


“Kita mahu Menteri Besar dapat membuat keputusan membela orang Melayu dan bumiputera supaya nasib dan kepentingan pribumi ini tidak dikemudiankan,” katanya.

Monday, September 1, 2008

salam ramadhan

ramadhan datang lagi..
kali neh rasa bezz sket coz lop, atai n alina ada lek..
sempat la bersama-sama di pagi 1 ramadhan..
thn depan dah tambah ahli family yg baru lak..
;)


Monday, August 25, 2008

eksiden..

hahaha... x bez rupanya cuti sekolah seminggu baru neh..
sabtu (16/8/08) aku dok umah seperti biasa.. yg x bezz nya teman x jugak dpt bangun lewat..

ahad (17/8/08) antar mak gi sabah.. leh lak dah nk pencen2 neh dpt outsation gi sabah.. seminggu lak tuh.. teman cuti seminggu..dia lak gi jalan sabah seminggu.. sabo je la..

isnin 18/8/08
hari neh hujan lebat dr pagi lagi. sampai tghari pun x jugak sidang hujannya..teman kuar gak la umah nk gi bli mkn lauk utk lunch. lagipun bpk dah nak lek dr cuci darah.. teman pun singgah le kat caltex chandan desa tu jap coz nk cucuk duit.. tgh2 bulan neh cepat jer poket teman kering.. kuar jer teman dari caltex tu tetiba dtg sekor keter yg x berhenti kt simpg tu n terus msuk jln teman.. n u noe what happen?? ya betul... keter teman telah dilanggar dengan tiada belas ihsan langsung..

the bezz part is hujan tgh lebat n pkcik yg bwk keter tu lgsung x kuar tgk kerosakan keter teman but bising dok ckp yg dia nk cepat..padahal dia yg sendiri yg mintak jd lambat. dia igt dia sorg jer nk cepat..! inilah masalahnya berlanggar dgn org yg belajar sivik x mengamalkan sivik!!! terkedek-kedek la teman kuar keter sampai lupa ada payung dlm keter coz tergezut tgk keter teman yg x berdosa dilanggar... uwaa... nasib baik jugak teman drive kelisa hr tu. if wira teman yg kena langgar, teman rasa teman langgar balik kot keter tu..

dalam dok sibuk2 berkira ttg sapa salah sape betul tu.. teman call bpk b bpk mintak tlg pakyang suh tgk jap.. org tua tu dok bising2 lagi nk cepat la apa la.. n 2nd bezz part is pakyang sound org tu balik nak cepat jer kira..keter kena langgar neh saper nk kira.. n org tu terus senyap sampai ke sudah.. keh..keh..keh.. boleh lak dia senyap rupanya..

x lama pas tu bpk pun smpai naik van dialysis tu.. pas bincang2 dia x nak byr lak.. last2 bw gi balai coz dia kata dia xde duit walhal bpk cuma mintak 500 jer.. itupun coz bpk malas nk pjg2 citer.. tp dia lak sibuk ckp reprt jer senang.. dia nak insurans byar.. dia xde duit..pandai lak dia kata anak ada 6 org la.. sume beljr la.. masa ko langgar keter ada ko igt kat anak ko..? masa langgar keter org ada ko pikir ko tu ada duit or xde duit nk byr gantirugi?? panas hati teman..
then bab gi balai lak.. nama jln pun x tau tp dok bising2 sg nk report la apa lah.. dahtu ble polis tu suh lukis peta eksiden u leh lak dia ckp x pandai nk lukis la.. x igt simpg la.. dia igt polis tu suh dia masuk pertandingan melukis ka apa..! bengong tul.. sibuk nak report pastu x tau apa nak report..

then seperti yg dijangka.. mmg dia salah.. heheheheheh... puas hati teman.. keter antar begkel n insurans dia byr sume... pas neh mahal la ko byr insurans ko..! kena denda 300 lg.. kehkehkeh...

so if korang jumpa keter proton saga lama plat BCV 6227, dgn driver dia lelaki tua yg lahir thn 1955 around cameron highland berhati-hati bwk keter.. if singgah kat masjid cameron tu leh jumpa dia kot coz dia kata dia pgwai masjid sana.. nama dia zakaria.. hahah.. biar dia glamer jap..! so leh drive elok2 pasneh..

Monday, August 4, 2008

tension...

perkatan paling tak suke... TENSION..
first, rumah yg x abis-abis x kemas.. bila la nk kemas if sume renovation tu x siap-siap. walaupun tinggal bhgian longkang luar jer, tp since xleh cuci pinggan kat sinki coz nnt air tu masuk longkang yg x siap tu..byk jer kije mengemas yang x leh buat. dengan habuk yang banyak.. dengan barang yg bersepah sana sini and dengan duit yang x cukup-cukup.. adoi.. penin pala teman..

minggu neh minggu last antar soalan exam. yalah..minggu depan start ujian II. tp yang beznya disesbabkan kat umah teman xde masa nak siapkan, minggu neh baru teman mampu siapkan..tp ketua panitia pn yeoh gi ksus lak.. sape nk verify soalan exam tuh?? ksus seminggu lak tuh.. if antar kat ketua bidang nampk sgt la teman baru jer siapkan kertas soalan tuh..
penin-penin..

sekolah lak tiap-tiap sabtu sekolah.. bukak sekolah jer lepas cuti jun dulu tu, ada sekali jer teman merasa cuti sabtu and ahad. minggu neh sekolah lagi..untuk ganti raya nanti katanya.. apala kementerian neh..if nak suruh satu mesia ganti cuti tu, apa kata bagi siap-siap jer cuti seminggu waktu raya..x yah nak ganti-ganti.. asik2 cikgu ajer yang sekolah hari sabtu.. kakitangan awam yang lain sedap-sedap jer cuti dok rehat kat umah hjg mggu.. then..hjg tahun org kata ckg la paling untung coz cuti tp diorg x tau yg ckg tu bercuti tp boleh dipanggil ke sekolah ble-ble masa..

argh.. teman tension.. byk jer perkara yg teman tension.. nak-nak pulak monitor comp kat umah tu rosak.. teman bukak internet pun kat sekolah neh.. ada masa sket and ada comp yg kosong..
terpaksa byr bil maybank2u kat sekolah..

arghhhh..... sabo farah.. sabo..

Monday, July 21, 2008

Raja bukan sekadar pelengkap adat - Raja Nazrin

21/07/2008 4:07pm
kdt to terkini utusan

KUALA LUMPUR 21 Julai — Raja-raja merasakan peranan mereka dalam urusan negara bukan sekadar pelengkap kepada adat negara beraja kerana “mereka bukannya daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan”, titah Raja Dr Nazrin Shah.

Pandangan berterus-terang Raja-raja dalam perkara-perkara berkaitan perpaduan warga, peranan agama, kebebasan kehakiman serta rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah berdasarkan hasrat untuk memastikan bahawa negara terus kukuh dan aman, dan warga terus sejahtera dan makmur, titah baginda.

“Segala perkara yang berlaku adalah dalam ruang penglihatan, pendengaran dan pertuturan mereka,” titah Raja Nazrin dalam pidato bertajuk “Institusi Beraja" di Intan di sini hari ini.

Baginda bertitah bahawa setelah 50 tahun kemerdekaan negara, Raja-raja telah mencapai satu tahap kematangan dengan memahami peranan terutamanya ketika negara menghadapi krisis.

Bagaimanapun, demi memastikan takhta kekal dihormati, Raja-raja harus bersifat berkecuali dan memisahkan diri daripada terlibat dalam sebarang kancah pertelingkahan politik kepartian serta menjauhkan diri daripada dijadikan instrumen oleh mana-mana pihak dalam persaingan mendapatkan kuasa politik, titah Raja Muda Perak.

“Selaras dengan semangat Raja Berpelembagaan yang biasa diamalkan, peranan Raja adalah memerintah dan bukan mentadbir. Raja hendaklah berada di atas segala urusan politik dan urusan pentadbiran harian yang melibatkan banyak kerenah dan pelbagai kontroversi.

“Dengan berada di takhta yang lebih tinggi, Raja hanya terlibat pada waktu dan ketika yang diperlukan,” titah Raja Nazrin.

Perlembagaan negara, menurut baginda, memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja memiliki budi bicara yang boleh digunakan menurut prerogatif Raja Pemerintah tertakluk kepada batasan tertentu.
“Budi bicara Raja Pemerintah merangkumi kuasa melantik Perdana Menteri di peringkat Persekutuan dan melantik Menteri Besar di peringkat negeri, hak tidak memberi perkenan membubarkan Parlimen di peringkat Persekutuan dan Dewan Undangan Negeri di peringkat negeri.

“Dalam urusan lantikan Perdana Menteri demikian juga Menteri Besar, budi bicara Raja Pemerintah tidaklah mutlak. Baginda berada dalam kedudukan berhak memastikan siapakah yang telah mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Budi bicara Raja menjadi sangat penting apabila berlaku keadaan tergantung disebabkan tidak ada parti yang menguasai majoriti keanggotaan Dewan Rakyat ataupun Dewan Undangan Negeri atau apabila kerajaan campuran mahu ditubuhkan,” titah baginda.

Dalam suasana demikian, titah Raja Nazrin, Raja Pemerintah boleh bertindak atas budi bicara Baginda menentukan tokoh yang difikirkan mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan yang berkaitan, dan kegagalan menggunakan budi bicara tersebut secara bijaksana, akan ditafsirkan oleh rakyat sebagai satu kegagalan Raja Pemerintah melaksanakan tanggungjawab paling asas secara adil lagi saksama.

Baginda bertitah, keputusan pilihan raya umum Mac lalu telah meletakkan tanggungjawab besar kepada Istana Perak, di mana berasaskan keputusan, pihak yang mendakwa mendapat sokongan majoriti kelihatan kabur.

Pada pilihan raya itu, Barisan Nasional menenangi 28 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan di Perak, manakala DAP menguasai 18 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR), tujuh kerusi dan PAS enam kerusi.

Rangkaian DAP, PKR dan PAS menguasai 31 kerusi, namun, menurut Raja Nazrin, mereka perlu secara sahih mencapai kata sepakat untuk memilih calon yang dapat menyakinkan Raja Pemerintah bahawa beliau mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan.

“Mereka melalui proses yang panjang sebelum Menteri Besar dapat mengangkat sumpah jawatan dan diperkenan dengan tauliah lantikan,” titah baginda.

Baginda juga menyebut contoh di Selangor, di mana BN menguasai 20 kerusi, PKR 15, DAP 13 dan PAS lapan.

“Meskipun rangkaian DAP-PKR-PAS memperlihatkan majoriti yang nyata, namun Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor masih perlu memastikan bahawa calon yang baginda berikan perkenan diterima oleh ketiga-tiga parti yang berhasrat menubuhkan kerajaan campuran,” titah Raja Nazrin.

Titah baginda, krisis Menteri Besar turut berlaku dalam senario BN memperoleh kemenangan ketara seperti di Perlis di mana BN menguasai 14 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan.

Raja Nazrin bertitah walaupun Datuk Seri Shahidan Kassim merupakan calon yang direstui oleh pimpinan pusat untuk mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar negeri itu, namun timbul senario “parti dalam parti” apabila calon pilihan pengerusi BN (Perdana Menteri) di peringkat pusat tidak mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri BN di peringkat negeri.

“Datuk Seri Shahidan Kassim dilaporkan tidak dapat memenuhi titah Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis untuk membawa menghadap majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang memberi sokongan terhadap beliau. Baginda lalu melantik calon yang Baginda yakin mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan,” titah Raja Nazrin.

Senario di Terengganu pula “menguji hubungan institusi Raja dengan institusi rakyat,” titah baginda. Titah baginda, calon yang dinamakan oleh pengerusi BN untuk mengisi jawatan Menteri Besar tidak mendapat perkenan Istana.
Menurut baginda, terdapat perselisihan sesama ahli-ahli Dewan Undangan Negeri BN dan juga dalam kalangan pimpinan Umno peringkat negeri.- BERNAMA.
teman berkenan betul bila Raja Nazrin neh bertitah..bangga teman sebagai anak watan perak.. apa yg dititahkan memang tepat dan padat. sebagai rakyat marhaen yg hanya makan gaji, teman memang rasa sgt2 yg mesia neh surface je nampak aman tp dlm nya tsunami tengah berpusar-pusar bak twister... tolonglah kerajaan dan pembangkang.. sudah-sudahla berpolitiknya.. sekarang neh musim menunaikan janji.. bukannya dok berkempen sana-sini lagi. pilihanraya dah lepas..buatla kerja sendiri.. jangan overshadow kerja org lain lak.. -TAK BERNAMA. ;)

Wednesday, July 16, 2008

Debat Anwar - Shabery

(gambo kdt to berita harian)

debat??? heheh.. buang masa je teman rasa.. bukan main teman mandi n makan awal2 utk tgk debat anwar-shabery neh..siap x nak gi makan luar lg wpun teman mmg suke if x masak kat umah..heheh.. tapi tahle.. x nmpak pun apa kaedah yg kan digunakan utk kurangkan harga minyak n harga brg2 lain yg disebabkan kenaikan harga minyak.. dua-dua nya tidak menjawab soalan dengan betul dan seperti memperjuangkan visi parti politik masing2...(pendapat teman jer..) teman rasa nak sokong pihak kerajaan pun susah gak coz kenaikan barang neh mmg x larat dah nk tanggung (wpun teman kije kerajaan).. tp if nak ikut teori anwar pun cam x betul jer..yalah..masa dia jd menteri dlu harga minyak dunia kan stabil..leh la.. tp kebaikan yg teman dapat tgk sini ialah anwar n shabery tenang jer waktu berdebat.. politik era baru ka??? hehe.. biasanya kerajaan n pembangkang neh bukan leh mesra..

entahla.. dunia oh dunia...

Tuesday, July 1, 2008

Blog : Apa kesilapan yg sering di buat..

Tadi teman ada masa gi tgk2 blog org. then teman jumpa post neh.. menarik gak..

kdt to mindfreak - http://www.blogikus.com/
mindfreak neh scukzers yg aktif kat forum scukz.com.. meh teman share apa yg mindfreak neh pos..

Blog:Apa kesilapan yang sering dibuat!!
Berapa ramai dari kita yang sedar,kadang-kadang kita melakukan kesilapan dalam membuat blog.Rupa-rupanya aku pun banyak melakukan kesilapan dalam berblog.Tapi,harapnya sedikit demi sedikit,akan aku cuba perbaiki kesilapan ini dari masa ke semasa.Ah,manusia mana yang tidak melakukan kesilapan.Kesilapan dan kegagalan sebenarnya satu langkah untuk berjaya.Manusia yang gagal bukanlah manusia yang sering melakukan kesilapan.Manusia yang gagal pada aku adalah manusia yang gagal belajar dari kesilapan.

Owh.Dalam cuba menstruktur kembali apa yang aku perlu dalam aktiviti blog ini,ada beberapa kesimpulan yang aku cuba himpunkan.Moga dapat dijadikan panduan untuk aku serta kau yang membaca.Ini adalah kesimpulan,maka ianya adalah ringkas sahaja.Ia mungkin senarai yang panjang dan kau pula mula bosan untuk membaca.

Maklumat Empunya Blog : Sebenarnya ia amat penting untuk sesuatu blog. Pelawat akan cuba mengenali diri kau sedikit sebanyak.Anggaplah ia sebagai satu cara pengenalan diri kau. Letaklah gambar terbaik yang kau rasa boleh menarik minat pelawat.

Headline (Tajuk Post kau ) : Tajuk post juga memainkan peranan penting. Untuk kejayaan dalam “google indexing” dan untuk menarik pelawat membaca keseluruhan cerita. Tajuk yang baik membuatkan pelawat memahami apa yang kau cuba sampaikan.

Ketidaktentuan dalam Menulis Blog : Bahasa yang senang adalah -> update blog.Itu juga antara kesilapan yang sering berlaku.Aku cuba elakkan,tapi itulah yang terjadi.Pelawat mungkin suka melawat blog kau,tetapi akibat kelewatan kau membuat entri terbaru menyebabkan apabila mereka masuk blog engkau,butang pangkah akan ditekan serta merta bila tiada post baru dibuat.
Hala tuju Penulisan : Kau mencampur adukkan pelbagai topic dalam satu blog.Aha..ini yang aku buat sekarang.Jika kau ingin berbicara tentang perniagaan,tumpukan sahaja dalam penulisan berkaitan perniagaan.Jika isu semasa,buatlah tentang isu semasa. - Tapi,yang ini aku tak tau la..mampukah aku betulkan kesilapan??

Pelbagai widget,add-ons : Tahukah kau, antara kriteria blog yang baik? Blog yang baik adalah blog yang simple tetapi padat dengan penyampaian.Menambah fungsi-fungsi ( yang tidak berguna sangat pada pelawat ) adalah kesilapan yang perlu dielakkan.Kau meletakkan auto-popups,auto-play music,dan pelbagai lagi widget sebenarnya membosankan pelawat.Senang cerita,banyak sangat kau letak widget dan add-on,lagi lembap loading nak masuk blog kau.Ia seperti kau meletakkan banyak aksesori pada kereta kau sehingga membuatkan kereta kau seperti kapal terbang.

Tidak membuat Trackbacks,Pingbacks,Penghargaan : Ini sebenarnya adalah satu kesilapan yang sering dilakukan.Mungkin kau ingat ia adalah satu langkah dalam menutupi penulisan engkau.Yer,memang kau tulis itu sendiri.Tetapi kadang-kala ideanya datang dari blog lain.So,berilah penghargaan kepada mereka juga.Dan kalau mereka benarkan pingbacks/trackbacks sudah tentu pelawat mereka akan tahu URL blog engkau

Lambakan Iklan : Memang memjana pendapatan dari iklan merupakan satu perkara yang bagus.Apa yang menyakitkan mata adalah lambakan iklan-iklan itu.Jika entri kau hanya 6 baris tetapi iklan penuh satu halaman,buat orang tertanya.Apa tujuan kau membuat blog?Ah,pikirkan sendiri.Iklan tidak salah.Tapi melambakkan iklan memualkan pelawat.Aturlah iklan betul-betul.
Enteri yang Sama : Hentikan lah membuat entri yang sama dengan penulis yang lain.Kerana,kadangkala apa yang kau tulis hampir sama dengan mereka. ( owh,aku tahu,entri ini pun hampir sama dengan beberapa penulis.Ini adalah kesilapan aku.Aku haru ingat )

Tiada RSS - Tidak semua orang akan ada masa melawat blog kau.Jadi,Rss merupakan satu cara dalam memberitahu mereka bahawa kau telah mengemaskini blog kau.Full RSS adalah lebih baik.Aku sedang membaiki kesilapan ini.Kau pun ku harap begitu.

Ini Yang paling penting.Kau sudah tahu kau ada beberapa kesilapan semasa kau menulis blog.Tapi kau tidak membuat pembetulan dan kau masih mengekalkan kesilapan itu.

Antara lain yang kau boleh buat rujukan :
MohdIsmail.net :http://www.mohdismail.net/blog/5-sebab-kenapa-aku-tidak-akan-baca-blog-kau/
Jakob Nielsen :Top Ten Design Mistake
DailyBlogTips :Mistake Final List
Topotato.com: blog-yang-kurang-digemari-topo/
CodingHorror :13 Blog Clihes

ah..aku tahu..pasti akan ramai kata.Ini blog aku,sukati aku.. heheh.. :)

Monday, June 30, 2008

renovate rumah

Disebabkan hjg thn neh lop nak kawin, so rasanya nak kena renovate sket bilik lop bg besar sket. pastu mak kata besarkan la dapur sekali. then pas bincang2 sume.. biar tambah bilik utk atai n alina sekali.leh la sorg satu bilik wpun x besar mana..

lupa lak teman nk snap gambo umah yg original sebelum wat renovation..
tp xpe la.. nnt teman tepek gambo tgh renovate.. adeh..bising nak mampus.. mahal lak tuh.. tp yalah.. barang sume dah naik..

at least pas neh, dapur luas sket n x yah kongsi bilik lagi.. ;)

Monday, June 23, 2008

band competition



last friday teman ajak atai ikut teman gi band competiton peringkat negeri kat stadium perak. band PGS dapt masuk final. mula2 teman pun malas jer nak gi but pas k.aida antar sms tya nk gi or x, tetiba teman rasa why not.. lagipun ble lagi nk menunjukkan teman neh PGSians..!heheh..

actually..competition neh strt kul 8.30 and masa tgh pikir2 nk gi or x dah pun kul 8.45. janji ngan k.aida sampai depan stadium paling lewat kul 9.30. masa sampai tu k.sal bgtau pgs band dah masuk padang.. x sempat la tggu k.aida yg tgh cari prking time tu. masuk2 pgs band baru nak start. rupanya-rupanya ada 6 buah sekolah jer n pgs band neh band num 5. meaning yg lagi 4 tu teman dah terlepas la. not bad la tp awal2 lg drum major u dah jatuhkan tongkat (tah apa nama benda tu tah..).. formation cantik tp masa nk tukar2 formation tu kelam kabut sket la..

band pgs keluar padang


last band yg perform ialah dr sekolah sitiawan.. SMJK Nam Hwa (betulka ejaan neh). mmg cun betul sek neh..macam langit dgn bumi if nak banding ngan band pgs. x sesia la teman dtg lewat pun..heh..heh..


band smjk nam hwa


anyway.. SMJK Nam Hwa (betul kot ejaan neh).. dapt 1st place n drum major dia dpt best drum major.. mmg bezz pun.

2nd place SMJK Ave Maria.. x sempat tgk la band dema neh..ble la PGS leh beat diorg neh.. nak nak lak diorg dah jd kluster school..

the best from pgs band

3rd place..wow..it's PGS band n the conductor won the best conductor of the night.. so if PGS band dpt tmpat ke-3, then i knew la..mcm manalah persembahan dr other schools kan..

all bands gathered for closing ceremony

Sunday, June 22, 2008

cameron highland

last saturday (not yesterday), we (my fmly n i) went to cameron setelah dekat setengah tahun x gi.. takut gak nak gi actually coz penah happen perkara yg x menarik...that one different story la..

and yet..cameron still cameron but just dah x sejuk cam dlu.. leh ajer kitorg on aircond.. tapi tetap bezz la.. jln2 abiskan duit kan my passion..beside tangkap gambo..heheh..

first we went to kedai nasi ayam hailam.. sedap nasi ayam sini even kedai ni xle glamour mana..just tipical warung tepi jln..but yg bezz selain nasi ayam dia ialah toilet yang bersih..!

then we went to arked peladang apa tah.. stop because nak tgkap gambo dpn kincir air but hari tu kincir air tu x pusing la pulak.. but the nice strawberries memanggil-manggil suh tgkap gambo dengan dia..heheh..



then we went to bharat tea..actually..this one is the new shop..last christmas dlu kitorg gi the original bharat tea yg wujud sejak zaman teman abis spm dlu..masa belum masuk matrix lagi.. maybe sebab dah makin ramai yg dtg, diorg pun set up new shop yg dekat2 tempat lama tu jugak. rasa teh nya sama jer but juz tempat makan tu jer yg besar sket dr dlu..

pas minum2 teh tu kitorg lepak jap kat tmn bunga..dr dlu lg if turun cameron mestisinggah tmn neh rehat2 n lepak2. bukan wat apa pun.. bpk juz nk relax jer..penat dia dok dlm keter..

our next stop ialah kedai sayur sayuran / buah buahan.. leh sebab terlampau memilih sayur n buah2an..terlupa teman nk snap sekeping 2 gambo..biasalah.. sayur cameron kan fresh n paling penting besar2 n murah2.

lepas bli sayur n buah, kitorg gi kedai yg jual teh strawbery yg murah sket..dlu masa last dtg kedai neh, 4 bgkus teh strwbri dia charge 30.00. skrg harga dia dah xde diskaun wpun ko bli 4,5 bhkus.. dia charge rm7.00 sekotak n meaning 4 kotak = RM 35.00.. alasannya harga sume dah naik esp. minyak..! adoi..petik2 daun teh pun guna minyak ka?? (tya otakku yg pendek akal sket neh..) tapi teman bli la jugak coz bapak teman mmg berkenan teh neh..(teman pun sama gak)

then we went to kedai bunga sebelah kedai teh nie.. kat sini leh self plucking strwberi kat kebun dia..tp teman x minat la if self plucking but have to pay..

nnt teman rajin, teman sambung lagi n for sure wih the photos.. :)